Farewell, Shajaratudur

From SPIKE @ KL Open House


Al Fatihah.

Setiap kali terbaca entri ini, sikit je aku mintak. Sedekah kan lah sedekah kepada arwah Shajaratuldur binti Suhaimi. Arwah meninggal dunia pada hari Isnin, 1 Disember 2008 waktu Subuh.

Entahlah. Terkesan betul emosi dengan pemergian arwah. Kami bersahabat sejak tahun 2005, semenjak mendaftar kelas master di UTM. Dua tahun menempuh kelas, arwah memang seorang yang positif. Kami banyak berkongsi cerita. Tentang tugasan, tentang pejabat.

Tamat belajar bulan April 2007, kami "terhenti" berhubung. Masing-masing dengan dunia masing. Sesekali berbalas email, berbalas sms. YM ada juga. Sudah "jodoh", kami berjumpa lagi setahun kemudian, kali ni sebagai rakan sekerja.

Aku memang tak salah bawak Sha (panggilan kami) masuk bekerja. Dibawaknya aura positifnya bersama, memudahkan segala urusan. Bosses pun suka. Cuma sedikit terkilan, arwah patutnya bekerja sama unit dengan aku, tapi sampai ke sudah tak berpeluang bekerja bersama. Takpelah, masih sebumbung.

Banyak kenangan dengan arwah. Kalau Facebook, dia lah yang orangnya menginvite aku. Ingat lagi kata arwah, "orang sekarang dah tak pakai friendster dah sharul, tu zaman dulu2 je..". Eheh!

Kalau pasal politik, kami jadi ngam. Mungkin penangan bidang kerja ayah arwah yg bergelumang cerita politik, membuatkan arwah regu yang paling sempoi. Bayangkan, punya gila dengan kesah politik, kami berdua sanggup online sampai ke 2-3 pagi, semata2 nak bertukar2 cerita pasal update pilihanraya (Mac 2008)!

Sha jugak lah orang pertama yang tau aku nak berhenti bekerja dari syarikat kami. Tak tau kenapa, tapi aku rasa selesa bercerita dengan Sha. Kata arwah, bila aku tanyakan pendapat, "Sharul, as your friend I kata u should go if ur new job tu bagus utk u & family. I know you always a family man, since I kenal u masa belajar dulu. But, as a colleague, of course I akan rasa a bit frust and I want you to stay. Ye lah, I pun tak dapat2 lagi nak kerja dengan u!".

Itu lah Sha. Banyak lagi yang aku nak kongsi, tapi biarlah bersama2 rakan lain yang sama2 mengenali.

Semoga arwah tenang di alam baru. Al Fatihah.





Reactions

Post a Comment

0 Comments