Ini Cerita Bagaimana Hafiz Memulakan Persekolahannya Selepas 4 Bulan PKP

1.
Dia bangun awal, sewaktu hari masih gelap. Tapi kecewa sebab sekolah pagi (sekolah agama) belum bermula. Hanya ada sekolah petang.

2.
Selang 30 minit dia bertanya masa. Dah boleh pergi ke? Dah boleh mandi ke?

3.
Abah terpaksa mohon izin daripada bos untuk WFH sepanjang minggu untuk menguruskan norma baru persekolahan Hafiz, terutamanya bab pengangkutan.

4.
Alang-alang, kami berduet cuba menyiapkan mana-mana kerja sekolah yang masih belum disiapkan. Aduh! Kerja sekolah kelas cikgu garang paling banyak tak dibuat. Gulp!

5.
Walaupun Hafiz sudah didaftarkan untuk pakej makanan daripada pihak kantin, tetap saya pastikan perutnya berisi sebelum ke sekolah. Cuma tadi saya terlupa bekalkan roti seperti selalu.

6.
Saya sempat buat semakan sama ada dia ingat lagi nama kelas, nama guru kelas dan kedudukan bilik darjah. Manalah tahu, dia tersasul sebut nama Cikgu Papazola nanti. Entah berapa kali dia ulang tengok cerita Boboiboy sepanjang PKP ni. Mujur, dia masih ingat. 

7.
Topeng muka yang kami ada mempunyai corak. Pihak sekolah hanya membenarkan topeng satu warna. Jadi hari ni terpaksa guna topeng besar dulu, sebelum diganti topeng lain.

8.
Sekolah hanya membenarkan pelajar sesi petang masuk ke dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu pembelajaran bermula. Memang sudah dijangka kesesakan teruk berlaku, nak celah motor pun susah.

9.
Kami berjaya sampai di sekolah tepat jam 12.50 petang. Hafiz melangkah penuh yakin dan bergaya. Abah suka. Sempat saya intai di balik pagar proses pengendalian murid dijalankan. Suhu diambil dan laluan telah ditetapkan mengikut tahap. Teratur. Teruja betul dia dapat ke sekolah. Harap-harap kekal begini paling tidak 15 tahun lagi, ya nak.

10.
Abah kena marah sebab bawa motor dan perlu pakai topi keledar. Rosak rambut, kata dia. Ceh! Tak padan sikat belah tepi punya perangai.

#ceritahafiz


Ini Cerita Bagaimana Hafiz Memulakan Persekolahannya Selepas 4 Bulan PKP
Ini Cerita Bagaimana Hafiz Memulakan Persekolahannya Selepas 4 Bulan PKP
Ini Cerita Bagaimana Hafiz Memulakan Persekolahannya Selepas 4 Bulan PKP







Reactions

Post a Comment

0 Comments