Mengembara Ke Alam Paralel Dengan Koleksi Buku Bersiri Bumi Oleh Tere Liye

Saya tak sangka, membeli tiga buku pertama siri Bumi ini di PBAKL beberapa tahun lepas disebabkan harga murah, rupanya berlanjutan sehingga tahun 2020. Kini, sudah cukup kesemua 9 buah buku siri Bulan karangan Tere Liye tersusun di atas rak.

Kos membeli?

Bumi, Bulan & Matahari; RM50 untuk tiga buku dijual oleh penerbit LEJEN. Buku ini juga diterjemah kepada Bahasa Melayu.

Bintang, Ceros & Batozar, Komet, Komet Minor, Selena dan Nebula saya beli melalui ejen jualan buku perseorangan yang ramai di Facebook. Ada juga yang saya cari di Carousell dan berlanjutan ke Instagram. Pendek kata untuk mencari buku penulis Indonesia yang ada nama di Malaysia (seperti HAMKA, Prem, Andrea Hirata dan Tere Liye) tidak ada masalah. Banyak. Cuma harganya sedikit membikin jantungmu tercopot.

Purata RM40 - RM45 untuk sebuah buku! 

Harga asal mungkin sekitar RM27 - RM30. Ini sudah kita maklum dan faham, membuat perbandingan terus begitu agak tidak adil bagi penjual perseorangan. Mereka ada kos-kos yang perlu ditanggung untuk membawa buku-buku ini pulang ke Malaysia. Ada risiko juga buku tak dapat dijual, tapi modal sudah dikeluarkan.

Jadi, pejam matalah bila membayar tu.

Cuma yang saya sedikit hairan, kenapa harga jualan buku yang sama oleh penerbit besar (yang katanya ada perjanjian jualan dengan penerbit di Indonesia), harga bukunya masih mencekik darah? Hampir sama dengan harga jualan penjual perseorangan, malahan ada yang lebih mahal.

Hmmmmmm....!



Ulasan Buku Bersiri Bumi Oleh Tere Liye

Ini catatan ulasan yang ada dikongsi dalam blog ini. Klik pada setiap tajuk untuk membaca ulasan penuh.


Ini pertama kali saya membaca buku bersifat sci-fi bernuansakan tempatan. Ya, buku ini buku Indonesia tapi kan budaya kita dan mereka tidak jauh berbeza. Mungkin ada buku Malaysia yang begini juga, bolehlah cadangkan kepada saya kalau sesiapa tahu.

Kedatangan mereka di Klan Matahari disambut meriah, namun satu kejutan besar menanti 4 anak muda itu. Raib, Seli, Ali dan Ily secara tiba-tiba terjerumus ke dalam satu pertandingan besar yang diadakan setiap tahun di Klan Matahari.

Kedatangan mereka di Klan Matahari disambut meriah, namun satu kejutan besar menanti 4 anak muda itu. Raib, Seli, Ali dan Ily secara tiba-tiba terjerumus ke dalam satu pertandingan besar yang diadakan setiap tahun di Klan Matahari.

Ulangan proses mencari pasak bumi sebanyak 6 kali, hampir sama saja bunyi ceritanya. Banyak ulangan seperti babak masuk lorong, keluarkan kamera kecil yang menjadikan babak itu adalah babak "copy paste".

Saya fikir Tere Liye mahu mengkhususkan satu buku ini sahaja untuk memperkembangkan watak dan kuasa Raib, Seli dan Ali. Ini bagus juga, sekurang-kurangnya ada sedikit perbezaan dalam pengembaraan yang hampir serupa dalam setiap buku.

Kali ini tiga sahabat berbeza klan terjerumus ke Klan Komet demi mematahkan rancangan Si Tanpa Mahkota. Misi besar mereka ialah untuk mengelakkan penguasaan besar STM yang memungkinkan peperangan antara klan.

Tere Liye turut menulis dan menjadi pembaca dalam masa yang sama. Ini jelas setiap kali saya mempersoalkan logik plot-plot tertentu, tahu-tahu sudah ada penerangan yang membuatkan kita tak mempersoalkannya lagi. Memang penulis yang bagus!

Persahabatan yang baik, kemudian ada sisi-sisi romantis antara Selena dan Tazk. Ditambah dengan perwatakan Selena yang keras kepala (seperti Raib), Mata yang akur (seperti Seli) dan Tazk yang bijaksana (seperti Ali, namun lebih beperwatakan baik). Semuanya seperti imbas kembali.

Sayang sekali persahabatan Selena, Mata dan Tazk tidak seperti kisah dongeng yang berakhir dengan ayat bahagia selama-lamanya. Selena menanggung derita bertahun-tahun dan cuba menebus kesalahan diri dengan menjaga tiga pejuang baru; Seli, Ali dan tentunya Raib.

Selamat membaca!








Reactions

Post a Comment

0 Comments