Segarnya Hijau

"Untuk senaman mata yang elok, bila awak bangun pagi tu cuba pandang sesuatu yang hijau. Alam semula jadi." 

Saya ingat-ingat lupa siapa yang menyarankan, tapi begitulah lebih kurang bunyinya. Memandang alam yang berwarna hijau baik untuk mata. Benar atau tidak, Wallahualam. 

Alam hijau yang menyegarkan. Untuk saya, hijau yang mewakili warna alam tak pernah membosankan. Sebab itu, kalau ada aktiviti yang melibatkan meranduk hutan dan sungai, atau mencari air terjun, jarang saya menolak.

Cuma kini keadaan kesihatan kurang mengizinkan. Mahu mendaki gunung, sudah tidak digalakkan. Jadi, kita nikmati saja hijau yang mana ada.

Untuk melepas rindu.

Segarnya Hijau
Segarnya Hijau
Segarnya Hijau
Segarnya Hijau
Segarnya Hijau
Segarnya Hijau







Reactions

Post a Comment

0 Comments