[Ulasan Buku] Syahidnya Kapten Luis De Souza Oleh Amran Md. Rasli

Novel ini saya kategorikan sebagai novel sejarah. Penulis membawa pembaca ke tahun 1600 di mana semua peristiwa ini berlaku.

Ada premis yang menarik dalam cerita ini. Seorang anak Portugis yang datang berdagang di Melaka, kemudiannya berasimilasi dengan orang Melayu dan Islam, akhir sekali menjadi seorang pejuang (yang syahid) mahu membebaskan Melaka daripada penjajahan Melaka.

Idea yang menarik.

Namun penyampaian ceritanya longgar dan tergesa-gesa.

Apabila dinyatakan kisah ini berlaku pada tahun 1600-an, seharusnya suasana pun begitu juga. Saya senaraikan beberapa perkara janggal antara yang saya temui;

1/ Penggunan perkataan "tak aci" dalam perbualan. Eh? 

2/ Cara percakapan/dialog yang tak banyak beza dengan gaya perbualan moden hari ini.

3/ Penggunan kata ganti nama yang tidak teratur. Sekejap "saya awak", sekejap "aku kau" sekejap bertuan hamba.

4/ Melati mati begitu saja. Bukan main lagi katanya cinta setia, tapi cerita Ruli lebih banyak berbanding Melati. Dan tak nampak keperluan watak Ruli dalam cerita ini.

5/ Makan aiskrim di kedai pada tahun 1600? Saya sempat google, yang banyak dicatat ialah penemuan aiskrim bermula pada tahun 1700-an dan ianya adalah makanan mewah istana, bukan dijual di kedai. Mungkin saya salah, tapi ini memang janggal. 

6/ Penggunaan "mama papa" nampak pelik untuk pasangan yang mengamalkan budaya Melayu sepenuhnya, tetapi kepada ayah Luis (berbangsa Portugis asli) dipanggil atuk pula.

7/ Bahasa Jawi? Aduhai. Jawi kan tulisan.

8/ Semua perancangan Luis dan konconya berjalan lancar. Apa yang mahu dibuat itulah terjadi. Tidak ada "plot twist" yang boleh bikin carta bacaan naik turun. Mendatar sampai ke hujung. Suasana peperangan pun sempurna seperti dirancang. 

9/ Permulaan bab 1 (yang sebenarnya bab akhir) juga ada kesalahan "fakta". Mansor terjaga pada tahun 1643 selepas dihukum "bunuh" di Dataran Stadhuys. Tetapi pada bab akhir, hukuman itu terjadi pada tahun 1650. 

10/ Oh ya! Tak ada keperluan sebenarnya untuk membuat dialog bahasa Belanda, Portugis atau Jawa kemudian diterjemahkan. Membazir. 

11/ Saya musykil kenapa beria Belanda dicaci dan dimaki, tetapi tidak Portugis. Hanya disebabkan Luis (hero) berketurunan Portugis? Mengikut apa yang pernah saya baca, semasa zaman Portugis masjid diruntuhkan dan masjid hanya boleh dibina semula semasa zaman Belanda. Betulkan kalau saya silap. 

Bagi saya, apabila menggunakan fakta tarikh dan masa, beban untuk mencatat dengan lebih spesifik itu perlu. Perlu tahu apa yang benar-benar wujud untuk menjadikan penceritaan lebih "real".

Mungkin genre novel sejarah tidak sesuai dengan buku ini, lebih tepat dikategorikan sebagai fiksi saja.

Wallahualam.


#sharulmembaca
#malaysiamembaca 







Reactions

Post a Comment

0 Comments