Melihat Tambi yang selalu mengokak tangan abah dia, Hafiz tak berani mahu
membelai makhluk berbulu satu badan ini. Melainkan abah sudah memeluk Tambi
dan moodnya baik, barulah Hafiz mengusap perlahan, kadang-kala mencium mesra.
Petang tadi, saya bawa kedua-duanya berjalan ke kawasan bukit berdekatan
rumah. Saja, mahu ambil angin petang sambil melihat rumah kayangan milik
orang.
Yang membuatkan hati saya cair ialah melihat betapa risaunya Hafiz kala sang
pengokak itu jauh dan hilang dari pandangan mata.
"Abik, jangan jauh-jauh. Hilang nanti."
"Abah, Abik tu dia masuk bawah lori."
"Abik, jom balik. Nak makan ikan tak?"
Huuuu...
Siap dia halang kucing jiran yang terpacak memerhati Tambi dari jauh, agar tak
dikejarnya.
Comel betul.
Cekak Pinggang |
0 Comments