Matahari Terbenam Di Gombak

Kadang-kadang, pemandangan yang ajaib menjelang malam muncul tanpa diduga-duga. Tapi petandanya ada. Kalau menjelang petang selepas Asar matahari masih menggarang dan langit membiru dengan serakan awan kapas, selalunya senja pasti menawarkan pemandangan yang memukau.

Saya teringin sekali mengambil gambar suasana sebegini di tepian sawah. Atau pun di tepi pantai. Namun apa daya Gombak kesayangan saya ini tidak ada pemandangan begitu. 

Di atas bukit di belakang rumah, saya menikmati saat sang suria mulai menyorok di barat, meninggalkan bayangan cahaya emas yang bergabung dengan langit lazuardi.

Aduh!

Dengan ini pun saya sudah dirasuk cinta. Tak perlu pantai, tak perlu sawah. Gombak juga bisa menghidangkan selaut hidangan untuk jamuan mata dan hati.

Bersyukurlah.

Dan kagumlah dengan anugerah Ilahi.

Alhamdulillah.

Masya-Allah.


Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak
Matahari Terbenam Di Gombak






Reactions

Post a Comment

0 Comments