Sunny Morning In Gombak; Sebuah Video B-Roll

Apa itu B-Roll? 

Kalau di Youtube, saya banyak mencari video tips / tutorial berkaitan dengan fotografi dan juga cara menghasilkan video. Bergantung mengikut keperluan, kadang-kadang DSLR, kadang-kadang kamera telefon.

Seminggu dua ni saya belajar sesuatu yang baru. Bukanlah baru, tapi lebih kepada baru tahu gelarannya.

Sunny Morning In Gombak; Sebuah Video B-Roll


B-Roll.

Mengikut kamus Google;

In film and television production, B-roll, B roll, B-reel or B reel is supplemental or alternative footage intercut with the main shot. The term A-roll referring to the main footage has fallen out of use.

Asalnya B-Roll ini sebagai sokongan kepada video utama. Seperti dalam temuramah tentang masakan, chef bercerita tentang jenis-jenis bawang yang digunakan lalu ada video menunjukkan bawang.

Sekarang, B-roll ini dikeluarkan menjadi video utama.

Itu apa yang saya fahamlah. Kalau salah, tolong tunjukkan.

Berdasarkan contoh-contoh yang ada, saya pun cuba menghasilkan satu video B-roll menggunakan Huawei P20 Pro yang sudah renta itu. Jadilah, untuk mencuba-cuba. Mungkin lebih bersemangat kalau saya gunakan GoPro Hero 9. Heh! 

Video ini nak menunjukkan cuaca pagi yang panas di bumi Gombak. Sekeliling rumah saja, PKPB tak boleh nak merayau jauh.

Ok ke, ok?










Reactions

Post a comment

0 Comments