[Ulasan Buku] Menunggu Beduk Berbunyi (oleh HAMKA)

 Ada 2 buah cerita di dalam buku ini.

1. Dijemput Mamak

Sekali lagi HAMKA bercerita tentang adat budaya Minangkabau seperti mana buku-buku beliau terdahulu. Kisah perkahwinan Musa dan Ramah, kebahagian kecil mereka direntap oleh kaum keluarga sendiri kerana kehidupan mereka tidak menepati "piawaian" status keluarga.


2. Menunggu Beduk Berbunyi

Kisah Tuan Shariff yang dipinggir masyarakat kerana dianggap pembelot negara bersekongkol dengan penjajah, namun beliau tegas mengatakan dia mengikut jalan yang betul. Namun, hal menunggu beduk waktu berbuka puasa yang disampaikan dalam khutbah, mengetuk akal fikir Shariff tentang prinsip hidupnya.

Buku setebal 118 muka surat ini boleh saja dibaca dalam tempoh satu hari. HAMKA seperti selalu, bercerita tentang apa yang berlaku di sekelilingnya waktu itu.

Tentang adat budaya orang Minang.

Tentang perjuangan kemerdekaan.

Dalam cerita-cerita ini, terselit pendirian yang ingin disampaikan beliau tentang kehidupan. Pak HAMKA tak pernah gagal menyusupkan buah fikir untuk pembaca menilai apa yang mahu disampaikan.

Saya gemar gaya begini, ceritanya tidak kosong walaupun pengakhiran cerita selalunya agak melankoli. Sudah menjadi "trademark" beliau barangkali, tidak ada istilah "happily ever after".

Menunggu Beduk Berbunyi (oleh HAMKA)






Reactions

Post a Comment

0 Comments