Tanggal 19 Jun 2021, jam 12.19 tengah hari adalah hari bersejarah buat saya dalam catatan peradaban dunia. Hahahaah! Drama mesti lebih.
Saya mendaftar untuk suntikan vaksin AZ (sampai sekarang saya tak tahu nama penuhnya sebelum digoogle) pada 26 Mei semasa "jualan lelong" dibuat. Waktu tu, kami 3 beranak (saya, isteri dan anak sulung) berjaya mendaftar, tapi yang dapat pengesahan hanya saya dan anak saja. Untuk isteri tunggu sajalah, tak boleh nak buat apa.
Ini catatan ringkas pengalaman saya pada hari tersebut.
1.
Seperti disarankan, datang awal. Kita dibenarkan masuk 30 minit
sebelum jadual yang ditetapkan.
2.
Parking ada di PWTC, atau boleh lajak ke Sunway Putra Mall. Kat mall
parking banyak, sebab banyak kedai tak buka. Orang pun tak datang merendek kat
sini. Kecewa juga, hajat hati nak tengok Go Pro Hero 10. Eh!
3.
Pintu masuk berhampiran dengan CIMB di tingkat bawah.
4.
Pastikan masuk stesen yang betul. Dan pastikan juga
MySejahtera
dikemaskini sebelum masuk. Maklumat stesen ada dalam MySejahtera.
5.
Akan ada beberapa checkpoint dan petugas yang memeriksa untuk
pastikan kita berada di jalan yang benar. Papan penunjuk arah pun banyak.
Mudah sangatlah.
6.
Pakai kasut sebab banyak jalan. Laluan banyak kona-kona, walhal
dari satu point ke satu point dekat je.
7.
Boleh feeling-feeling anak kambing biri-biri Shaun sepanjang laluan
tu, sebab kiri kanan berpagar. Jadi kita takkan silap masuk ke laluan stesen
yang lain.
8.
Checkpoint utama ialah dewan menempatkan pentas Ramlah Ram nyanyi lagu
Kau Kunci Cintaku dengan baju berbentuk hati menyala asmara. Terbayang-bayang
Kak Melah meluahkan perasaannya dengan penuh keikhlasan lalu menobatkan dia
sebagai juara tahun itu. Ah, kenangan.
9.
Di sini kita perlu isi borang kebenaran/consent. Ada 2 salinan, setiap
salinan ada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pilih satu bahasa saja. Nombor
giliran pun akan diberi, tapi tadi semuanya laju, boleh terus masuk bila siap
isi borang.
10.
Sekali lagi, anak biri-biri Shaun akan masuk ke lorong untuk ke final
destination. Semakan demi semakan oleh petugas yang gigih menjalankan tugas.
Terbaik.
11.
Di dewan terakhir akan ada 3 bahagian. Pertama ialah kaunter semakan.
Sediakan kad pengenalan dan borang yang sudah diisi tadi. Pengesahan akan
dilakukan oleh petugas.
12.
Bahagian kedua ialah consultation / penerangan. Setiap meja ada
petugas (doktor) dan maksimum 2 anak biri-biri Shaun akan diberi penerangan
serentak. Doktor sahkan maklumat di dalam borang, cop dan tanda tangan. Kita
pun sahkan sama. Cop jari tak disediakan. Kemudian doktor akan terangkan
apa yang akan berlaku seterusnya; suntikan. Bab kemungkinan apa yang akan
terjadi tu yang bikin jantung sikit goyah. Nyut nyut nyut!
13.
Bahagian ketiga yakni yang terakhir, bilik untuk kita dapatkan
suntikan AzravaganZa. Bilik suntikan ni comel je, macam bilik restoran Ramli
mengurat Telani dalam cerita Bujang Lapok. Satu bilik ada dua doktor dan dua
patient dalam satu-satu masa.
14.
Di sini doktor akan tunjukan botol minyak senyonyong AZ, kalau rabun
macam saya anggukkan saja. Bukan nampak pun. Kalau dia calit minyak dagu pun
tak dapat diselamatkan dah. Kah kah kah! Kemudian dia tunjuk sukatan AZ
sebanyak 0.5 ml, zup, dan kau kini sah sudah di #cucukMyAZ.
15.
Doktor kemudian akan minta kita buka aplikasi MySejahtera, kali ni
gunakan scan link yang disediakan dan scan QR Code yang ditampal di dinding
(dua kali). Selesai.
16.
Seterusnya Shaun akan dibawa ke tempat bertenang sebelum dilepaskan
balik. Borang akan diambil untuk kemaskini di sistem, dan begitu juga status
dalam MySejahtera. Katanya anda kini sudah semakin hemsem. Borang dikembalikan
bersama kad kecil. Simpan untuk temujanji kedua nanti.
17.
Petugas minta kita berehat/bertenang sekitar 15 minit sebelum balik.
Ini untuk memastikan tidak ada simptom yang merbahaya seperti bertukar menjadi
Goblin, Kak Limah, Katak Puru mahu pun Cekodok Bilis. Kalau dah ok, stabil dan
masih gagah perkasa, dah boleh balik jalan mendepang dada.
18.
Di bahagian luar dewan, ada booth untuk bergambar. Ambil lah sekeping
dua, buat penyedap hati dan tatapan follower 41 orang kau tu. Heh!
19.
Semua urusan sangat lancar. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih
untuk semua petugas yang berdedikasi.
20.
Untuk rakan-rakan dan keluarga yang masih belum dapat giliran, saya
doakan urusan pendaftaran tuan puan dipermudahkan. Cik Milah saya pun tak
dapat lagi.
Itulah serba sedikit pengalaman saya hari ini.
Hal menjadi semakin kacak selepas disuntik tu, tak usahlah kau percaya. Kes saya ni memang dah tampan sejak lahir, memang tak boleh nak adjust dah.
Bersyukurlah. Kita semua hemsem dan cantik.
Ok.
Kesan Selepas Suntikan
Di bawah ini saya kongsikan apa terjadi selepas suntikan.
Sabtu, 19 Jun 2021
2 jam pertama; kepala berat dan saya tidur sekejap.
7 jam; kepala masih sakit dan rasa nyut nyut cuma tak ketara. Makan Panadol dua biji.
Ahad, 20 Jun 2021
Bangun pagi, rasa normal. Cuma tempat suntikan sedikit sakit.
Menjelang tengah hari (selepas 23 jam), badan mula terasa seram sejuk dan dedar. Macam demam tak demam. Sendi/otot pun mula terasa sakit. Selera makan masih ok.
Menjelang malam keadaan masih sama. Dedar dan sejuk. Telan Paracetamol lagi dua biji.
Isnin, 21 Jun 2021
Sudah lega. Alhamdulillah. Tempat suntikan saja masih terasa sakit.
Insya-allah. Selamat. Tak perlu ada apa pun mahu dirisaukan, walaupun saya ada rasa cuak juga. Sepanjang masa dalam dewan tu lah kau rasa paling alim, berzikir sepanjang masa.
Kemain!
Hehehehe!
0 Comments