Isu panas ini sudah berlanjutan agak lama. Hal orang-orang yang menceroboh tanah kerajaan kemudian diusahakan menjadi ladang durian.
Ceroboh.
Bermaksud mengambil tanpa hak dan izin. Kita bermula dari situ. Jelas, itu saja sudah salah.
Bukan sekangkang kera keluasannya, tapi cukup besar sehingga hasil tanaman bisa menuaikan hasil berkoyan-koyan.
Sekali lagi, itu semua di atas tanah yang diceroboh.
Lalu sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, tanah itu mahu diambil semula. Dipulangkan kepada yang hak, yakni kerajaan negeri.
Dan penceroboh yang sudah menjadi kaduk naik junjung ini, marah dan melawan.
Haih!
Kau langsung tak ada hak, celaka!
BACA : Durian Musang King: Operasi tidak langgar perintah mahkamah, bukan isu perkauman
BACA : Pekebun haram durian Musang King Raub peroleh RM420 juta satu musim?
Belakang Tabir
Ada yang berkata, penceroboh ini takkan berani berbuat demikian kalau tak ada sokongan daripada celaka yang lagi satu, yang meluluskan perusahaan ini. Yang "pejam mata". Di belakang tabir. Ya, kalau benar keduanya sama celaka. Elok diikat mereka ni, dibaringkan atas kulit durian, biar dihurung kerengga merah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Itu, kita bincang lain. Sebab nak melarikan diri dari isu pokok, selalunya "mangsa" akan mencari salah pihak lain untuk menutup kesalahan sendiri. Taktik ini selalunya berjaya, kerana mereka akan membuatkan orang percaya pihak satu lagilah punca masalah.
Biasa dengar kes rasuah? Yang selalu kita dengar, sipenerima rasuah. Yang selalu dicaci dihina, si penerima. Walhal yang memberi, itulah permulaan kisah dosa mereka. Tapi pemberi selalunya "selamat". Pernah kita fikir kenapa?
Fikirlah sendiri.
BACA : Bekas tentera dipenjara 2 tahun, denda RM50,000 ceroboh hutan
Durian Raub Tumbang Menyembah Bumi
Hari ini (6/7/2021) keluar berita pokok-pokok ini akhirnya tumbang menyembah bumi. Dalam gambar yang terpapar di media sosial, pokok durian Musang King (katanya) itu sarat berbuah semuanya. Meloyot-loyot. Kemudian ada pula video pengusaha haram ni memarahi pihak berkuasa yang menjalankan tugas. Bukan main kurang ajarnya. Ada pula YB (Yang Bengap) kawasan berkenaan datang mahu menjadi hero mahu memperjuangkan pekebun haram.
Oh YB. Bebal jangan dibiakkan. Salah tetap salah. Kau jadi pemimpin, patut tahu mana salah mana yang tidak. Atau kau sedang menjaga kiraan undi? Sebab tu sudah tak tahu lagi mana hak mana batil?
Kembali kepada asasnya. Mereka penceroboh.
Dan saya juga melihat, ada juga yang memberi komen tentang betapa ruginya pokok-pokok itu ditumbangkan. Mereka sokong tindakan pihak berkuasa, tapi tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil.
Rugi.
Patutnya dibiarkan. Tuai hasilnya. Jual. Biar ada juga pulangan.
Betul. Ikut logik akal, saya pun berfikiran begitu. Rugilah pokok-pokok itu ditebang begitu saja. Sudah dijarah bertahun-tahun, inilah waktunya mendapatkan pulangan.
Kan?
Tapi bila difikir-fikirkan balik, saya rasa ada rasionalnya juga tindakan memusnahkan tanaman itu. Lagipun, bukan bidang tugas pihak berkuasa tempatan pun untuk menjual buah.
Tanah itu jelas sudah diceroboh. Mereka mengaut hasil secara "percuma". Ekosistem hutan terganggu, tidak ada perancangan. Sampai satu tahap, mereka naik tocang mengatakan mereka ada hak. Mereka mendakwa ditindas. Paling sial, mereka mainkan isu perkauman.
Haih!
Cukuplah dengan strategi "play victim". Loya.
Sebab itu saya katakan tindakan pihak berkuasa yang berlandaskan undang-undang, sangat wajar. Menumbangkan pokok itu memberi isyarat bahawa mereka bukan main-main. Sayang macam mana pun, hukum tetap hukum. Tanah itu wajar diambil semula dan dipulangkan kepada fungsi asal.
Keras? Ya, memang keras. Ini sedikit sebanyak memberi amaran kepada penceroboh yang lain. Percayalah, bukan di Raub saja yang wujud kejadian ini. Bersepah. Yang jelas di depan mata seperti Cameron Highlands pun ada.
Ini, perang saraf.
Kau pijak kepala, dibalas dengan sepak di muka.
Bertemu buku dan ruas.
Semoga yang menjalankan amanah, terus amanah. Janganlah menyeleweng menurut nafsu. Takutlah dosa, kalau kau tak takutkan undang-undang. Hina hidup tak berduit tak sehina hidup dengan duit yang tak tentu halal haramnya.
Bagi penceroboh, ini baru balasan dunia.
Beringatlah.
Adui! Jadi mengidam nak makan durian pulak dibuatnya!
0 Comments