1/
Penulis bagaimana yang disayang tuhan? Tentulah, penulis yang mencari
keredhaan tuhan dan patuh kepada kesukaan tuhan.
2/
Bahruddin Bekri (BB) berkongsi kisah kegagalan seorang penulis bernama Usamah,
dan kemudian dibimbing semula untuk menjadi penulis yang baik (sudah
semestinya disayangi tuhan) oleh seorang penulis berpengalaman.
3/
Untuk mengenali diri, Usamah dibawa mengembara dan berkenalan dengan
penulis-penulis yang melalui pengalaman hidup penuh pengajaran.
4/
Kisah mereka dikutip dan dirungkaikan bagaimana boleh dijadikan panduan kepada
Usamah agar semangat menulisnya kembali pulih, dan semestinya menjadi lebih
baik.
5/
Sambil belajar, Usamah juga mengajar. Sememangnya kalau mahu mempertajamkan
kemahiran, itulah kaedah yang betul. Belajar dan praktikan, seperti mengajar.
6/
Banyak ilmu boleh dikorek melalui cerita ini. Sama ada yang tersurat (hal-hal
teknikal penulisan) mahupun yang bersifat tersirat yakni makna dan tujuan
penulisan itu sendiri.
7/
Teknik yang saya rasa bukan lagi asing (perkongsian ilmu melalui buku cerita),
tapi agak langka dalam pasaran Malaysia.
8/
Keseluruhannya bagus. Saya suka, cuma watak-watak yang diketengahkan bagi saya
tidak seimbang. Pada pandangan saya, golongan pendatang tanpa izin yang ingin
belajar ilmu penulisan sedikit janggal. Memang lah tak mustahil, tapi mungkin
sedikit pelik. Bagi saya, penyampaian hal ini agak kurang meyakinkan.
9/
Setiap watak boleh dikatakan semuanya "setaraf" daripada segi pemikiran.
Perwatakan pula tidak ada yang menonjol atau yang menarik minat saya untuk
"menyukai" mana-mana watak yang ramai itu. Keramaian ini mengingatkan saya
dengan Orang-orang Biasa karangan Andrea Hirata. 10 watak yang bermacam ragam
dan ada kekuatan tersendiri.
10/
Buku setebal 380 muka surat ini mempunyai kelebihan penyusunan bab cerita.
Pendek tak melewah, paling sedikit mungkin 3-4 muka surat. Paling banyak,
mungkin 7-9 muka surat. Jadi ketebalan buku dengan bab-bab pendek, memudahkan
pembacaan.
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
0 Comments