7 Sebab Kenapa Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Tahun lepas, sewaktu PKP masih longgar dan rentas negeri dibenarkan kami anak-anak beranak sakan pusing keliling tanah semenanjung. Sekejap ke Terengganu, tidur di Pahang, kemudian ke Melaka. Bulan Julai kami sempat ke utara pula, memang bertujuan mahu jalan-jalan sambil singgah menziarah saudara-mara.

Sakan.

Bila dah ke utara, ikutkan penginapan tak menjadi masalah. Ada saja rumah adik-beradik untuk kami tumpang bermalam. Tapi sudah namanya bercuti, kami mahu betul-betul santai dan tempat menginap mestilah yang benar-benar bebas dan santai. Macam biasa, kami cari di Agoda dan Booking dan akhirnya berjumpa dengan homestay yang bersesuaian.

Imperio Professional Suite by IMPERIO, Alor Setar, Kedah.

Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah

Ada beberapa sebab kenapa saya pilih Imperio ini.
  1. Penginapan berkonsepkan homestay, bermaksud kami sekeluarga dapat menginap di dalam satu rumah. Walaupun anak-anak sudah dewasa, saya seboleh mungkin akan cari penginapan yang membolehkan kami semua dapat bersama setiap waktu.
  2. Mempunyai 3 bilik. Sesuai untuk kami 6 beranak. Semua bilik mempunya pendingin hawa.
  3. Harga yang berpatutan. Agak terkejut juga dengan harga yang ditawarkan iaitu sekitar RM170 satu malam (Julai 2020). Kami bermalam selama 2 malam, keseluruhan harga (termasuk cukai) tak sampai pun RM400. Sangat-sangat berbaloi.
  4. Ruang parking sudah dikhaskan untuk setiap unit. Kalau tak silap setiap unit ada dua lot parking. Tak payah pening kepala nak berebut.
  5. Kedudukan yang strategik. Kalau datang dari lebuhraya PLUS, Imperio ini terletak lebih kurang 500 meter dari susur keluar Alor Setar (U), menghala ke Kuala Nerang. Lebih kurang 300 meter lagi sudah sampai ke Hospital Sultanah Bahiyah.
  6. Oleh kerana ini percutian keluarga, tempat makan bukanlah prioriti bagi kami disebabkan kami akan memandu ke lokasi tertentu untuk makan. Tapi di sekeliling Imperio banyak kedai makan yang ada. Cuma perlu berhati-hati kalau mahu melintas jalan terutamanya waktu malam.
  7. Pemandangan menarik di bumbung (lokasi kolam renang dan gym). Di sebelah utara boleh nampak hospital dan balam-balam gunung di Kuala Nerang. Di sebelah selatan, boleh nampak Menara Alor Setar dan juga Gunung Keriang.

Lokasi Imperio Professional Suite

Kolam Renang & Pemandangan Pagi Alor Setar

Kalau sudah ada kolam renang, rugilah kalau tak dinikmati. Pagi-pagi lagi kami sudah naik ke tingkat paling atas untuk berendam dalam kolam. Masya-allah, pemandangan di atas ini sangat menarik, lebih-lebih lagi cuaca yang sangat cantik. Boleh nampak sawah padi seluas alam terbentang di hadapan mata. Rugi saya tak pacak kamera menikmati sunset di situ.

Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah
Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah
Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah
Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah
Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah
Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah
Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah

Insya-allah, kami dah buat tempahan sekali lagi hujung tahun nanti. Harga sudah agak berbeza (naik) tapi boleh difahami sebabnya. Untuk satu malam, total yang perlu dibayar ialah RM259 (termasuk 10% cukai negeri). Alang-alang mahu bercuti, pejam matalah buat bayaran.

Reactions

Post a Comment

0 Comments