Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Sabtu lepas (2 Okt) kami enam beranak jalan-jalan cuci mata di NU Sentral. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa kami ke sana?

Tujuan utamanya, nak ke kedai buku. Dulu sewaktu pejabat saya di Menara CIMB, NU Sentral ni memang tempat melepak wajib. Lepas makan di foodcourt, saya akan pusing keliling terutamanya ke MPH. Seorang diri pun jadi.

Tak ada ke kedai buku lain?

Ada.

Sayangnya MPH di JJ Wangsa Maju dah tamat operasi. Sudah hampir 20 tahun kami anak-beranak berulang ke sana. Semenjak anak seorang, sampai dah jadi empat. Tup tup, MPH di situ tutup. MPH lain yang berhampiran, ada di Melawati Mall. Entah kenapa tak berapa minat nak ke situ.

Di Setapak Sentral yang paling dekat dengan rumah, ada dua kedai buku. Husaini Books dan Popular. Memang situ jadi alternatif kami sekarang ni. Sekali masuk, mahu beratus juga habis. Untuk buku, saya pejam mata. Saya suka je berbelanja, lagi-lagi anak pun sama naik kepala layan hobi membaca.

Cuma hari tu, kami pilih NU Sentral untuk bertukar angin. Sambil cari makan melayan anak-anak.

Tapi NU Sentral pun, macam sunyi. Kedai masih banyak yang tak beroperasi, atau sudah pun tamat operasi.

Semoga ekonomi segera pulih tak berapa lama lagi.

Insya-allah. 

Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)

Mana gambar MPH nya?

Tak ada.

Lupa daratan jumpa buku.







Reactions

Post a Comment

0 Comments