River Of Life Tarikan Pelancongan Di Kuala Lumpur

Saya tak pasti sejak bila kewujudan River of Life di Kuala Lumpur. Daripada pembacaan di internet, katanya usaha mencantikkan dua sungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Kelang bermula sejak tahun 2011. Sungai ini bertemu di tengah-tengah bandar dan sebuah masjid tersergam indah di situ, yakni Masjid Jamek.

Sabtu lepas (9 Okt 21) kami anak-beranak sekali lagi ke River of Live. Sebenarnya ini kali pertama untuk saya, tapi kali kedua untuk anak-anak dan isteri. Atas cadangan seorang sepupu, kami parkirkan kereta di celah lorong entah mana di Jalan TAR. Sekali masuk, RM 10. Dari situ kami berjalan kaki menuju ke Bangunan Sultan Abdul Samad. River of Life betul-betul di belakang bangunan zaman kolonial ini.

Biru.

Semuanya nampak biru. Bermula dari Panggung Bandaraya sehinggalah ke jambatan berhampiran Bank Pertanian, sungai dihiasi lampu biru dan setiap beberapa minit asap/kabus dilepaskan. Bangunan di sekeliling juga dihias dengan lampu pelbagai warna, menjadikan pemandangan di sepanjang sungai sangat memukau. Bagaikan di alam fantasi.

Kami menyusuri laluan di belakang Bangunan Sultab Abdul Samad dan dekorasi landscape dan bangunan di sini juga menarik. Instragramable, kata orang sekarang agaknya.

Saya paling suka melihat pemandangan dari jambatan yang jelas kelihatan dua sungai yang bergabung menjadi satu, disaksikan Majid Jamek yang tersergam di antaranya.

Breathtaking.

River Of Life Tarikan Pelancongan Di Kuala Lumpur
River Of Life Tarikan Pelancongan Di Kuala Lumpur
River Of Life Tarikan Pelancongan Di Kuala Lumpur
River Of Life Tarikan Pelancongan Di Kuala Lumpur
River Of Life Tarikan Pelancongan Di Kuala Lumpur
River Of Life Tarikan Pelancongan Di Kuala Lumpur
Sungai yang biru

Di belakang bangunan Sultan Abdul Samad

River Of Life Tarikan Pelancongan Di Kuala Lumpur

Puas bergambar di sini, kami sambung melepak ke Dataran Merdeka. Nanti saya buat satu entri lain untuk ini. 

Video River Of Life Kuala Lumpur

Boleh tonton video kami ke sana di channgel youtube saya. 

Reactions

Post a Comment

0 Comments