Ada beberapa perkongsian yang saya diterima baik melalui FB, mahupun Whatsapp. Selalunya perkongsian ini akan "bertindan", content yang sama.
Pagi ini, saya tergerak hati untuk kongsikan pula catatan ini di blog.
JANGAN ME'MAKBUL'KAN AMAL SENDIRI
1. Berhentilah me'makbul'kan amalan diri sendiri di media sosial. Contohnya: "Saya bersedekah RM 3.00, Allah bayar cash, RM 3,000.00." Ataupun: "Saya solat dhuha setiap hari dan setiap hari itulah rezeki saya mudah."
2. Banyak lagi ayat-ayat yang menggambarkan kita me'makbul'kan amalan diri kita sendiri di media sosial. Hakikatnya, kita tidak tahu. Apakah benar apa yang kita sangkakan tentang rezeki kita?
3. Bersedekah, solat dhuha, solat sunat sebelum subuh, menyambung silaturahim, mendoakan saudara tanpa pengetahuannya dan banyak lagi amalan yang dikaitkan tentang kemurahan rezeki.
4. Namun, biarlah ia menjadi rahsia diri kita dengan Allah SWT. Berpada-padalah kita dengan cerita para Salaf al-Soleh atau mereka yang telah pergi meninggalkan kita untuk dijadikan motivasi.
5. Sesungguhnya amalan itu dihitung pada penutupnya. Semoga Allah menjaga dan membimbing kita setiap detik dan ketika sehingga ke penghujung usia. Amiin.
Kredit FB Abdul Hakim Othman
Afis Khaimi
Subhanallah.
Saya pun sebenarnya ada pandangan saya sendiri tentang hal ini. Ada satu ketika, saya follow seorang influencer di FB. Orangnya selalu melakukan kerja-kerja amal (dan juga penceramah motivasi). Saya suka melihat semangat beliau dalam serba-serbi yang kurang sempurna.
Sehinggalah satu hari beliau mula berkongsi kehebatan bersedekah. Kita semua sedia maklum, bersedekah tidak akan memiskinkan. Tetapi beliau, seperti perkongsian di atas, sering menisbahkan sedekah yang dibuat dengan balasan yang mereka terima.
"Saya sedekah sekian-sekian, tak lama lepas tu saya dapat sekian-sekian. Syukur!"
Kemudian, berduyun-duyun lah follower beliau memberikan "testimonial" perkara yang sama dan beliau pun berkongsi di laman sosial beliau.
Risau
Saya risau dengan trend itu. Saya rasakan tujuan bersedekah sudah melencong tujuan. Melalui pemahaman sebegini, memberi sedekah akan memberi pulangan lumayan kepada kita. Sama ada material mahupun bersifat kerohanian.
Bukan. Saya bukan menafikan "imbalan" yang sebegitu jika bersedekah. Saya cuma risau dengan pemahaman kita yang meletakkan sedekah menjadi jalan mendapatkan "pendapatan".
Aduh, macam mana ya mahu saya jelaskan?
Rezeki itu rahsia. Kita tak tahu bila dan bagaimana rezeki itu dianugerahkan. Dan kita tak tahu sama ada rezeki itu adalah disebabkan amalan baik kita, atau sebaliknya ujian kepada kita yang banyak dosa. Dan kita juga tak tahu, melalui doa siapa yang dimakbulkan. Entah daripada ibu bapa yang kita abaikan, entah daripada anak yang soleh dan solehah, daripada seorang guru, atau orang asing yang kita berselisih di taman bunga.
Rahsia. Kita tak tahu.
Yang pasti, kita wajib bersyukur.
Dari mana datangnya, tentulah dengan izin Allah.
Akhirnya saya terjumpa entri begini, yang menjawab sedikit sebanyak kemusykilan saya.
Ingat!
Sedekah itu biar berterusan. Jangan kedekut dengan harta. Niatkan kerana Allah, dan selanjutnya biarlah Allah yang "uruskan".
Insya-allah.
_____
Sumber dari FB, kalau milik tuan/puan boleh maklumkan saya untuk kredit
0 Comments