Satu Tengah Hari Di Hospital Sik

Saya menatal skrin melihat gambar-gambar lama anak-anak permata hati kami melalui aplikasi Google Photos, tanpa sedar terbawa jauh ke bulan Julai 2011.

Ketika itu kami ke Sik, Kedah menziarahi adik ipar di hospital yang baru melahirkan anak kedua. Keluarga saya masih berlima waktu itu, dengan Avanza saya memandu jauh bersama dengan kedua ibu bapa saya. 

Biasalah.

Di hospital mana boleh anak-anak berkeliaran bebas. Bergilir dengan isteri, kami menjaga anak-anak di luar kawasan wad.

Hospital Sik, memang seperti hospital-hospital lama di Malaysia. Ada yang uzur, ada yang diperbaiki hanya setakat membaik pulih bahagian yang rosak. Tidak ada bangunan moden. Kalau ada yang membaca tulisan sasterawan negara Shahnon Ahmad melalui buku Detik-detik Diri Di Daerah Naif yang menggambarkan Sik tanah asal beliau, suasananya masih ada sedikit seperti yang digambarkan.

Tenang, kalau boleh saya katakan begitu. Namun ada sedihnya juga kalau membaca buku ini;

"Dari Jeniang naik bas ke Sik, sebuah daerah di Kedah yang kaya amat dengan kemiskinan itu." 


Bergambar

Sudah tentu, saya tak lepaskan peluang merakam gambar anak-anak di situ.

Untuk dijadikan sebagai satu kenangan, seperti catatan Shahnon Ahmad.

Satu Tengah Hari Di Hospital Sik
Satu Tengah Hari Di Hospital Sik
Satu Tengah Hari Di Hospital Sik
Satu Tengah Hari Di Hospital Sik
Satu Tengah Hari Di Hospital Sik
Satu Tengah Hari Di Hospital Sik







Reactions

Post a Comment

0 Comments