Salam Adilfitri 1443H

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Sudah 17 Syawal hari ini, tapi masih semangat mahu meraikan. Maklumlah, sudah dua tahun beraya dalam musim PKP. Untuk tahun 2022, raya digasak disambut sakan.

Meriah macam mana pun, kami begitu-begitu juga 'format' raya. Sama saja semenjak tahun 2018. Sudah lima kali beraya di Gombak, tak ada lagi 'kampung' untuk kami pulang. Pagi selepas solat sunat di surau, kami berkumpul anak-beranak di rumah bersalam-salaman. Kemudian bergambar untuk kenang-kenangan seperti selalu.

Jam 10, barulah kelam-kabut bergerak ke rumah mak abah yang jaraknya tak sampai 5 minit pemanduan. Semua ada, kecuali keluarga abang yang sulung. Tak apalah, mana yang ada kita raikan.

Alhamdulillah.

Raya terkejut kita tahun ni!


Salam Adilfitri 1443H
Salam Adilfitri 1443H
Salam Adilfitri 1443H
Salam Adilfitri 1443H
Salam Adilfitri 1443H
Salam Adilfitri 1443H






Reactions

Post a Comment

0 Comments