Floria DiRaja Putrajaya 2022

Sabtu lepas (10 September) saya dan isteri menghantar anak ketiga kami ke Putrajaya. Cuti sekolah dah habis, masa untuk pulang ke sarang. Alhamdulillah ada ibu bapa yang sanggup menguruskan pengangkutan balik ke Johor dengan bas. Tak perlu kami memandu jauh dah untuk hantar Hanis balik ke asrama.

Selesai urusan, kami terus menghala ke Floria DiRaja Putrajaya 2022, tak jauh pun dari Masjid Besi. Cuma parking agak jauh. 

Masuk adalah percuma, setelah berbanding beberapa hari sebelum tu bayaran dikenakan. Tak tahu lah sebab dah percuma, dan kebetulan hari Sabtu waktu cuti sekolah, orang memang penuh di setiap ceruk pameran.

Yang OOTD.

Yang mengagumi bunga pelbagai warna.

Yang mengejar 'bunga'.

Yang mengambil gambar bunga.

Meriah.

Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022



Marigold / Bunga Tahi Ayam

Boleh dikatakan bunga Tahi Ayam / Marigold menguasai pameran bunga di Floria DiRaja Putrajaya 2022 ni. Sana sini sakan dengan warna kuning dan oren. Walaupun nampak biasa-biasa saja, tapi warna bunga ni lah yang menjadikan suasana di sini menjadi sangat ceria.

Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Bunga Matahari saya!



Bunga Yang Berwarna-warni 

Kami sampai sewaktu matahari terik di atas kepala. Jadi tak hairanlah ada bunga yang sudah terkulai, malahan ada kesan hangus pada kelopak yang terdedah terus pada sang suria.

Mungkin sekitar tahun 2010-2012 kami anak-beranak (masih berlima waktu tu), pernah datang ke floria yang sama di Putrajaya. Bunga memang banyak dan segar. Tempat pun lebih luas, tak terasa sesak dengan kehadiran orang ramai. 

Berbanding dengan floria kali ni, pamerannya saya rasa kurang meriah. Ruang utama pameran pun sempit. Zaman OOTD ni, saya fikir penganjur perlu lebih kreatif untuk mengasingkan lokasi bergambar dengan lokasi pameran. Susah nak melihat-lihat sebab perlu berebut dengan pengunjung yang mahu merakam kenangan.

Mujur sangat kami tak bawa Hafiz. Kalau tak, jenuh dengar dia berzikir ajak balik.

Kami tak lama pun di sini. Tak tahan dengan cuaca panas dan orang yang ramai. Ambil gambar pun, mana yang sempat je.

Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022
Floria DiRaja Putrajaya 2022


Video Floria Diraja Putrajaya









Reactions

Post a Comment

0 Comments