Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an

Tanyalah sesiapa pun, hampir semua akan mengatakan zaman kanak-kanaklah zaman yang paling dikenang dan menyeronokkan. Zaman kanak-kanak adalah satu tempoh masa yang jauh daripada beban yang menyakitkan kepala.

Saya pun begitu. 

Zaman kanak-kanak saya (sebelum ke sekolah menengah) pada tahun 80-an masih terasa baru saja ditinggalkan. Bila terlihat perkara-perkara yang membuatkan saya terkenang masa lalu, boleh jadi tersenyum sendiri.

Hampir setiap petang, entah mana datangnya, berkumpullah kami yang hampir sama baya di laman rumah Ayek, laman yang paling luas antara laman-laman yang ada. Hingar bingar jadinya bila permainan tenteng gajah, baling selipar atau tin, konda-kondi mula dimainkan. Bergaduh, jangan cakaplah. Yang kena jerkah dipanggil balik pun, menambah meriah. Ayek sesekali menjerit dari pangkin di bawah rumah, agar pasu bunganya tak dilanggar jatuh.

Seronok.

Bila dah penat, kami berhenti kemudian beramai-ramai ke rumah mak saya, atau rumah acik Amah, mahu membeli aiskrim Malaysia berharga 10 sen sebatang. Paling saya suka, aiskrim Milo dan asamboi. Srutt.. sruuttt.. sekejap je habis kemudian kami sambung membasahkan diri dengan peluh.

Lebih 30 tahun kenangan itu masih mesra terbayang.

Hari ni, giliran anak-anak saya pula yang mengecapi zaman yang penuh kegembiraan ini. Bau kepam peluhnya memang menyengit hidung, tapi senyuman manis masing-masing menjadi pengubat rindu yang tak sudah.

Cuma sekarang, aiskrim Malaysia sudah tak dijual di rumah. Harganya pun sudah 10 kali ganda.

Aiskrim Mat Kool menjadi pilihan.

Zaman berubah, mata wang naik dan turun, tapi zaman kanak-kanak 80-an atau 2020-an tetap meriah!


Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an






Reactions

Post a Comment

0 Comments