Menikmati Matahari Terbit Di Pantai Desaru, Johor

Usai solat Subuh, saya bersiap untuk ke pantai. Hafiz masih lagi melingkar kesejukan di atas katil, khayal entah ke dunia mana dalam tidurnya. Bergilir-gilir antara abah dan umi mengejutkan, liat benar mahu melawan lena.

Hafiz siap solat.

Dalam kegelapan pagi selatan tanah air, kami mengatur langkah menuju ke pantai yang luas.

Pantai Desaru.

Siapa sangka pada hari itu (2 September 2023), kaki yang berusia 46 tahun ini akhirnya menjejak kaki ke bumi yang hanya biasa dibaca atau didengari saja. Desaru memang asing, dan hari ini kami bertiga menjejak kaki mencipta sejarah kecil.

Semakin menghampiri, semakin kuat terdengar bunyi ombak menghempas pantai. Syahdu. Muzik alam yang tidak ada tandingan. Dari jauh, nampak juga susuk tubuh pengunjung lain yang saya yakin, mereka juga mahu menikmati pertunjukan alam yang magis.

Saya memacak tripod.

Mata menghala ke timur, sudah nampak balam-balam cahaya yang mula menyeruak dari balik awan. 

Perlahan-lahan, tapi sebentar cuma, matahari yang bulat memunculkan diri.

Takjub, pertama kali melihat planet api begitu bulat seperti kuning telur di dalam kuali, meluncur tegak tinggi ke awan.

Bunyi burung camar yang berteriak sana sini, seperti bersorak meraikan kedatangan siang.

Terpana.

Saat yang indah dikecapi bersama yang tersayang.

Dua kali indah!

 

Matahari Terbit Di Pantai Desaru, Johor
Matahari Terbit Di Pantai Desaru, Johor
Matahari Terbit Di Pantai Desaru, Johor
Matahari Terbit Di Pantai Desaru, Johor

Masya-Allah.

Alhamdulillah.

Terima kasih untuk nikmat ini.







Reactions

Post a Comment

0 Comments