Petai

Tadi, berhari raya di Behrang. Rumah sepupu. Beramai-ramai kami adik beradik dengan abah dan mak.

Untunglah lebuhraya lengang. Perjalanan lancar tanpa halangan, kecuali sedikit hujan lebat semasa perjalanan balik. Alhamdulillah. Memandu baik-baik sahaja.

Sebelum pulang, singgah di pondok jualan di tepi jalan. Ada petai. Sudah berkenan semenjak terlihat sebelum tiba tadi.

Nah! RM30 untuk sebeban. Makan lah puas-puas. Berkongsi lah kami anak-beranak.

Selonggok besar
Sudah "disiang" awal-awal. Mahu masak, genggam sahaja!






Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. pernah cuba untuk makan tapi memang tak boleh nak masuk kat tekak. tapi dalam family... ramai yang jadi peberet nih.....

    ReplyDelete
  2. saya sendiri baru berani-berani makan lepas kahwin.. sebelum tu memang tak usik.. ehehe!

    ReplyDelete