Ultraman

Hari itu.

Beliau mengganggu saya ketika saya sibuk membalut buku kakak-kakak dan abang beliau. Pelbagai cara sudah saya lakukan. Namun menemui jalan buntu. Beliau tegar membikin huru-hara.

Entah bagaimana, idea menjelma. Saya ambil seketul blok mainannya yang bersepah di lantai, lalu saya lekatkan ke dada beliau.

"Uiii... power!! Macam Ultraman Gaia. Tuut.. tuuut.. tuut.." 

Reaksi beliau?

Sudah tentu terpempan kekaguman.

Dan selepas itu, saya masih juga gagal membalut buku kerana saya terpaksa pula menjadi raksaksa berperut boncit yang mesti dimusnahkan.

Shiak!

Hai lah anak.

Ultraman Hafiz
Ultraman Hafiz







Reactions

Post a Comment

0 Comments