[Buku] Goji Bundy (Riduan A. Dullah)

Goji Bundy
Goji Bundy

Goji Bundy oleh Riduan A. Dullah
Nilaian: 3/5 bintang

Hampir sebulan mahu menamatkan buku ini. Tuntutan kerja, percutian yang panjang boleh lah dijadikan alasan.

Buku ini, keseluruhannya memuaskan. Bagaimana penulis mengembara bumi Australia dengan hati yang nekad, mahu "meninggalkan" kisah luka agar bisa terlupakan. Kisah hidup yang aku rasakan semborono, demi kelangsungan hidup. Ya, semborono yang berani. Ada isi. Hati kental.

Cuma, mana mungkin kita mampu melupakan peristiwa silam. Yang melibatkan hati dan perasaan. Memori bukannya susunan bata yang boleh kau ubah-alih sesuka masa. Atau dibuang. Sekali berlaku, ianya tetap terpahat. Dan kita lah yang perlu bijak menanganinya. Semoga kau tabah, tuan Riduan.

Ulasan buku yang lain

Bersama penulis Goji Bundy, saudara Riduan A. Dullah
Bersama penulis Goji Bundy, saudara Riduan A. Dullah







Reactions

Post a Comment

0 Comments