Cabaran Menulis 31 Entri Bulan Julai



Sahabat FB saya (Cik Puan Norsa'adah) membuat satu cabaran untuk menulis entri blog selama 31 hari (sepanjang Julai).

Saya sambut!

Blog saya yang ini pun sudah lama tak dikemaskini, memang kenalah masanya. Berbanding blog travel saya di www.petai.net, masih ada juga entri dari semasa ke semasa.

Bagaimana cabaran ini dilakukan?

Mudah saja. Senaraikan 31 perkataan (mewakili) setiap hari dalam bulan Julai dan buat satu entri menggunakan perkataan itu.

Kenapa?

Kerana mahu mendisiplinkan diri supaya lebih kerap menulis. Dan menjentik kreativiti.

Itu sahaja.

Saya tidak ada perkataan yang tertentu. Hanya yang terlintas secara rawak. Di bawah ini senarai 31 perkataan yang saya pilih (dan susunan ini tidak semestinya mengikut tarikh).

Saya mengambil keputusan untuk menulis entri berdasarkan senarai perkataan yang dicadangkan oleh Cik Puan Norsa'adah memandangkan peserta yang lain juga melakukan yang sama.



Di bawah adalah senarai entri saya;
  1. Doa
  2. Nama
  3. Surat Dari Edinburgh
  4. Hujan Di Gunung Angsi
  5. Mimpi Ngeri Di Reykjavik
  6. Inspirasi Untuk Melancong
  7. Matahari
  8. Satu Pengakuan Mengapa Saya Membaca Buku-Buku Indonesia
  9. Sharulnizam Mencuba Vlog
  10. Cerita Coklat Yang Bikin Jatuh Cinta
  11. Membelah Laut Demi Cinta
  12. Mengenal Pahala Malam Di Obertraun
  13. Hijau
  14. Tiga Zaitun Yang Mengisi Hati
  15. Bersederhana Mengikut Kemampuan
  16. Nasi Putih, Sardin, Sambal Hitam Dan Serunding Di Hallstatt
  17. Tujuh Tips Fotografi Mengambil Gambar Bunga
  18. Mencari Sahabat Kembara
  19. Sekeping Hadiah Untuk Si Manis Berlesung Pipit
  20. Certot Pagi Bersama Hafiz
  21. Hero Yang Dimamah Usia
  22. Kertas
  23. Dia Yang Lari Dengan Gagah Berani
  24. Selendang
  25. Ada Apa Dengan Kaya?
  26. Dari Mata Turun Ke Hati
  27. Budi
  28. Orang Rajin Orang Yang Menang
  29. 5 Langkah Mudah Menyusun Gambar Di Laptop Dan Google Photos
  30. Sibuk
  31. Jiwa

Atau, kemungkinan besar saya akan mengikut saja kata-kata cadangan oleh Cik Puan Norsa'adah.

Ini saja buat masa ini. Mungkin akan ada perubahan senarai pada hari akan mendatang, atau kekal saja sehingga ke akhir.

Wallahualam.

Baik.

Mula!






0 comments:

Post a Comment

My Instagram