Asam Pedas Kak Limah Untuk Makan Tengah Hari

Aduh! Jadi teringat-ingat dengan lauk Asam Pedas Kak Limah di Pangkalan Balak, Melaka. Kami ke sana untuk bercuti, dan warung kecil tepi jalan ini kami singgah ketika dalam perjalanan pulang ke Gombak.

Kami pilih warung ini secara rawak.

Tapi penangan asam pedas yang pekat, pelbagai jenis pilihan ikan dan rasa pedas yang bikin peluh muncul di dahi, memang tiada penyesalan! Sedapnya ya ampun, sampai mencungap keluar asap dari mulut pun masih cekal menyuap nasi.

Saya tak ingat lokasinya secara tepat. Kalau ke Pangkalan Balak, warung ini terletak di tepi jalan bersebelahan pantai. Ada sebuah masjid tak jauh dari situ.

  Asam Pedas Kak Limah Untuk MerarauAsam Pedas Ikan Jenahak

Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Cabaran Foto Blog Bulan September yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#septemberblogpostchallenge #septemberwritingprompts #tulistulissharul

Wordprompt #4 : Makan tengah hari.







0 comments:

Post a Comment

My Instagram