Potret Seorang Ibu Tua Di Jonker Street

Kamera DSLR saya memggunakan lensa tele, sesuai untuk mengambil gambar dari jarak jauh. Ini membuatkan saya sudah terbiasa tidak menghampiri subjek fotografi, terutamanya manusia.

Tak bagus sebenarnya kalau mahu mencuba aktiviti street photography. Ini kerana aktiviti begini memerlukan kita untuk berkomunikasi dengan subjek, mendapatkan cerita dan seterusnya merakamkan wajah dari jarak dekat.

Saya lemah dalam bahagian "memulakan perbualan".

Namun sesi fotografi yang saya sertai selama dua hari di Melaka, mendedahkan kepada saya "keberanian" peserta lain yang lebih cepat mesra dengan warga Jonker Steet yang kebanyakkannya mesra belaka.

Insya-allah, saya cuba di lain masa.

Potret Seorang Ibu Tua Di Jonker Street

Ini, ada sekeping wajah potret ibu tua di Jonker Street.

Manis, boi.

Manis.

Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Cabaran Foto Blog Bulan September yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#septemberblogpostchallenge #septemberwritingprompts #tulistulissharul

Wordprompt #12 : Potret.






0 comments:

Post a Comment

My Instagram