[Ulasan Buku] Guru Aini Oleh Andrea Hirata

Tajuk;
Guru Aini

Penulis;
Andrea Hirata

Terbitan;
Bentang Pustaka



"Matematika, kawan, bukan untuk si penakut!" — Guru Desi.

1.
Tanpa ragu, 5 bintang saya syorkan untuk buku terbaru Andrea Hirata ini.

2.
Buku prekuel Orang-orang Biasa ini menceritakan asal-usul kejadian rompakan yang tersungkur berlaku di Belantik oleh 9 Rombongan.

3.
Ada dua karakter utama; Guru Desi Istiqomah yang tak pernah hilang cintanya pada Matematik, dan anak muridnya yang bernama Aini, anak yang sering sakit perut dalam kelas Matematik namun bertukar cemerlang kesudahannya.

4.
Watak Guru Desi, saya kira sama saja dengan guru-guru lain di merata dunia. Waktu awalnya azam berkobar-kobar mahu mengubah anak bangsa, memajukan mereka dalam akademik, namun seperti cinta bertepuk sebelah tangan, cita-cita murni menjadi layu setiap hari yang berlalu. Hanya kerana janji pada dirinya sendiri, Guru Desi kekal bertahan sehingga bertemu Aini.

5.
Nuraini binti Syafarudin, anak kepada Dinah, yang juga pernah menjadi anak murid kepada Guru Desi, adalah satu lagi cabaran dalam dunia matematik. Disebabkan dorongan kuat mahu ayahnya sihat dengan mencapai cita-cita menjadi doktor, Aini nekad mahu berguru dengan Guru Desi yang ditakuti ramai.

6.
Pertembungan keduanya penuh emosi, dan mencetuskan letupan idea dan semangat. Guru Desi mengambil keputusan yang tak terfikir olehnya untuk mendidik Aini, yang kental dan bersungguh-sungguh separuh gila.

7.
Akhirnya, kejayaan mendakap keduanya. Namun, masih ada halangan yang menghalang Aini daripada terus terbang tinggi.

8.
Penyelesaiannya? Bacalah Orang-orang Biasa.

9.
Buku Guru Aini seperti Laskar Pelangi, tentang cinta pada ilmu dan menceritakan semangat juang untuk memperbaiki diri. Tentang penghargaan pada guru, tentang semangat juang anak yang mencintai bapanya untuk mengubah hidup. Menginspirasikan, boi. Dan kali ini, Andrea mengangkat karakter perempuan sebagai heronya. Mantul!

10.
Dan, ayat-ayatnya banyak yang lucu boi. Beberapa ayatnya bikin aku terhenti membaca, ketawa terhenjut-henjut, berhenti, lalu ketawa kembali kerana sebentar tadi sewaktu ketawa pertama kali, aku terlihat perutku yang berlemak itu turut bergegar mengikut irama ketawaku. Puih!



Guru Aini Oleh Andrea Hirata

#sharulmembaca
#malaysiamembaca




Reactions

Post a comment

0 Comments