Encik Sharul Tanam Kangkung Dalam Pasu

Kangkung Goreng Belacan dah jadi kegemaran kami anak-beranak. Anak-anak yang tak berapa nak makan sayur, sama-sama berebut menceduk lauk Cik Milah masak ke dalam pinggan.

Jadi, kerap jugalah membeli.

Walaupun harga tak mahal mana, teringin juga tanam sendiri. Rendam saja dalam air batangnya yang dah berakar tu, tak sampai seminggu dah meriah dengan pucuk dan anak pokok.

Wow!

Cara Tanam Kangkung Dalam Pasu

Cara Tanam Kangkung Dalam Pasu

Cara Tanam Kangkung Dalam Pasu


Dulu tanam bayam punya beria bersusah payah, kangkung ni rendam dalam air paip je dah elok subur.

Hari ni, nak alihkan ke tanah. Separuh, kita kekalkan dalam bekas berair saja. Kita tengok seminggu dua lagi.

Cara Tanam Kangkung Dalam Pasu


Kangkung Goreng Belacan ni, regu sedap dia makan dengan nasi panas dan ayam/ikan masak balado.

Pergh!

Naik 4 kilogram pejam mata je, baq ang!

_____
Sharulnizam Mohamed Yusof
Petani Hot

Eh! 
Maaf, Petani Hot Hot Chicken Sh*t






0 comments:

Post a comment

My Instagram