Petang lak, gi ambik kad jemputan.. puas hati la. Walaupun macam "lambat", takleh nak salahkan gak mamat yang buat tuh.. [break]aku pon lambat bagi respon. Bukan sengaja, tapi tu laa.. apa pun, dah siap dah kad tuh. Start petang tadi aku dah mula call geng2 aku.. mintak alamat nak hantarkan kad tuh..
Borang nikah
Satu lagi hal yang bulih la aku anggap "settle". Borang nikah aku dah siap isi semua dah.. tinggal nak dapatkan sain Penolong Pendaftar Nikah je lagi. Insya-Allah, esok malam dapat.. hari Selasa terus aku pegi Pejabat Kadi Daerah submit form tuh. Siap je dapat sain, kira nya dah "habis" la perkara2 yang aku kena buat.. ada satu dua hal lagi, tapi kira tak susah la, pasal tak melibatkan urusan dengan orang lain..
Huaarggghhhhhhh! Subhanallah! Mengantuk yang amat. Benornye aku dah tertido depan tv kejap nih.. baru pukul 9.30pm, dah ngantuk. Pasalnya, malam tadi aku tido lewat lagi.. heh! Main badminton ngan geng2 opismet lama aku; Along, Pokme, Riza ngan Amir. Berlima main dua jam, mana tak penat. Ada lagi 3 orang, tak dapat datang.. sakit la, ada hal la.. lepas main, pegi lepak kedai makan. Sambung lak nyembang, memacam hal.. hehehe! Politik, bab kawin, formula one, henpon.. topik rojak! Camtu le "orang bujang"... hahahahha! Tak lama lagi payah le nak buat aktiviti camnih.. ye laaa, dah kawen takkan nak keluar sampai tetengah malam, sian la bini kat umah, tinggal dia sesorang.. hahahahah!
Tadi, nak dekat maghrib tadi.. aku gi umah member aku kat batu 4. Nama glamer dia Korea, rumet aku masa kat MRSM dulu. Dia jadi rumet aku pon, setahun je masa Form 5. Heh! Memang best jadik rumet dia nih, sekepala la jugak.. seronok je dengar dia cerita pasal dia ngan awek dia. Alih2, sekarang dah nak menikah dah.. tapi bukan ngan awek yang dia ceritakan kat aku dulu. Tak kesahlah ngan sapa, asalkan kau bahagia! :)
Isskkkk.. berat no mata nih nak dibukak. Menaip nih pun ntah berapa kali kena adjust, banyak na salah.. nanti lah sambung.. gut nite! :)
0 Comments