bergumbira bersama keluarga

Aku rasa mana-mana keluarga mesti ada aktiviti bersama. Aktitviti yang dilakukan antara mak bapak dan anak-anak. Tanpa gangguan fokus macam kerja pejabat, tv dan sekelompok dengannya. Orang kata, masa kualiti.

Aku ngan famili ada jugak aktiviti bersama. Boleh kata setiap hujung minggu, kami ada lah aktiviti yang nak dibuat. Ke shopping mall, sebulan sekali. Berkelah, maybe 2 bulan sekali. Ke taman/tasik untuk beriadah, sebulan sekali. Kalau sampai time rajin, ke taman tu mungkin 2 minggu sekali/sebulan 2 kali. Aktiviti berkhasiat tanpa memerlukan pengaliran wang, boleh lah ulang banyak kali, ye tak? Ehehehe! Sekarang ni baru nak masuk aktiviti baru, ke perpustakaan. Yang ni 3 minggu sekali, ikut tempoh pinjaman buku. Eheheh!

Hmm.. kalau ke shopping mall tuh, bunyi macam nak bermewah-mewah. Mungkin. Tapi aku lebih kepada nak belanja keluarga sendiri. Belanja makan. Belanja berlibur. Tempat tujuan kami selalunya Jaya Jusco. Budak-budak pun dah hafal agenda tiap kali ke sana.

1- Gi main kat wonder park
2- Shopping (kalau perlu)
3- Usha buku kat MPH
4- Usha CD (kalau menarik)
5- Makan kat Nandos/Johnnys. Dulu biasa makan kat Shakeys. Sekarang dah takde, dah bankrupt kot..
6- Beli donut kat Big Apple
7- Balik

Ehehe! Kat Wonder Park tu ada macam-macam mainan. Puas lah dorang main situ sini. Selalunya main table hockey, arcade games, pukul kepala buaya, bowling, kereta bomba, etc. Tapi recently dah tambah "permainan" baru. "Main tale-tale", kata Hanis. :)

adik hanis keseriusan
ruang agak sempit, warna pun sikit
"ni Dibo", kata abang
kakak pilih siput, agak simple.
adik punya agak bertahun nak siap.


Aku tak tau apa nama benda alah nih, tapi anak-anak aku suka main benda nih. Yang abang pun layan, walaupun benda nih disinonimkan dengan budak perempuan. Tapi kalau untuk budak perempuan, ada pulak corak lukisan robot, spiderman semua tuh. Tak boleh jugak la nak kata mainan budak perempuan, ye tak?

Harga sekeping gambar, RM 3. Masa untuk mak bapak menunggu, 30 - 45 minit. Depends kepada level kepayahan gambar. Aku suka je bagi anak-anak aku main nih, sebab;

1- melatih kesabaran. nak bubuh kaler tu kena teliti sebab takut nanti warna-warna tu bercampur.
2- kreativiti. kena pepandai pilih warna untuk bahagian-bahagian tertentu (walaupun most of the time aku yang jadi penasihat.. ahahah!)

Hasil kerja yang telah siaplan.

kakak hanim punya. hijau + oren + purple. hadoihh..
abang haris punya agak ok
adik hanis punya. sudahnya abah dia yang siapkan (background).


Tengok anak-anak ni bila dah dapat siapkan, dah cukup puas hati. Bila tengok dorang tersengih kena puji, pun puas hati.

Anak-anak happy, mak bapak lagi happy. :)





Reactions

Post a Comment

0 Comments