Abah ngan kakak aku suruh simen kan aje, nanti tak terjaga. Ehehe! Dorang memang tahu aku nih tak cukup rajin nak kemaskan laman. Sebelum ni pun kalau lalang tak sama tinggi ngan pinggang, selagi tu lah tak bertebas. Mem besar pun dah tak larat nak bebel. :)
Tapi aku tetap nak jugak. Angan-angan aku bila laman aku dah siap, aku boleh main kejar-kejar, piknik kat laman tu dengan anak-anak. Terus dari dalam rumah ke laman.
Angan-angan tinggi, tapi usaha ke arah itu teramatlah slow. Ehehehe!
Aku ada lah jugak menanam, takde lah takde langsung. Laman baru nih aku dah mula dengan tanam rumput. Kasi rumput naik cantik dulu. Baru leh concentrate kat pokok-pokok. Pokok ada jugak, tapi tak banyak.
Jun 2010 |
Gambar kat atas masa bulan 7 ari tuh. Ke bulan 6, tak sure.
Semalam, proses mencantas apa yang patut dicantas. Rumput dah menebal. Pokok-pokok dalam pasu dah agak nyawa-nyawa ikan. Ehehehe! Kali ni aku tak pakai mesin. Sebab kalau pakai mesin rumput tuh, selalunya aku potong tak sekata, pastu selalunya aku mesin je apa yang ada. Tak leh nak budget. Banyak la anak-anak pokok yang terkorban selalunya.
Kali ni aku beli gunting besar tuh. Apa ntah namanya. Letih tu toksah nak cakap la. Tapi tu consider bersenam, so penat tu bolleh tolak tepi. Bila dah siap tu, baru lah nampak laman yang sebenarnya. Ahahahah! Kat bawah ni lah gambar-gambar yang diambik selepas 5 bulan.
Rumput dah mula merebak. Yg macam tompok-tompok tu kawasan rumput yang agak tebal, so terpaksa di cantas untuk jadi sekata dengan yang lain. |
Pokok limau yang terlebih subur pulak sekarang nih. Dapat baja kucing la nih. Memang laman ni jadik jamban puak kaki empat nih. Kalau aku nampak, siap la! |
Pandangan dari atas |
Ni la masalahnya kalau mood tak konsisten. Bila rasa nak kemas, baru lah kemas. Kalau lah boleh klik-klik je cam kat Farmville Facebook tuh, dah lama laman aku nih jadik laman contoh. Ahahahah!
3 Comments
Gunting besor tuh org panggil gunting rumput jek.
ReplyDeleterumah saya dah bersimen semua.. nak menanam pun dalam pasu jek lah gamaknya.. itu pun misi menghijaukan garaj x bergerak lagi.. tunggulah en.somi belikan tanah n pasu.. hehehe
ReplyDeleteSekarang ada yang jenis tanam tak pakai tanah, nutripot. Menarik juga konsep tu..
Delete