Anak-anak, setakat ini semuanya lahir di hospital di Sentul.
Jadi, Sentul ini bukanlah kawasan asing. Sedikit sebanyak, tahu lah selok beloknya.
Cumanya satu, Sentul Park ini hampir tidak pernah kami tahu. Ada juga yang bercerita, tetapi ibarat angin lalu. Tidak dihirau. Ada juga buat carian di internet. Hmm. Dengar dan lihat (secara maya), memang menarik.
Akhirnya peluang tiba. Kononnya hari itu kami mahu ke Titiwangsa, tiba-tiba teringat Sentul Park. Ummi pun tak membantah. Anak-anak akur mengikut.
Dan kami pun menjejak kaki ke taman tersorok ini. :)
Tak sia-sia menjinjing kamera. :)
Rumah Jepun & Taman Jepun
Ada beberapa buah bangunan di sini yang dibina mengikut gaya rumah Jepun (agaknya). Kalau tak silap, ada kafe di situ. Kami tak masuk, hanya berlegar di luar menikmati suasana negara matahari terbit di Kuala Lumpur. Eheh!
Oh ya, memang ada kolam ikan koi dan ikan-ikannya elok gebu dan cantik. Rasanya ikan ni diternak untuk dijual sebagai ikan hiasan.
Lokasi Sentul Park KOI Center, Kuala Lumpur
Maklumat berkaitan Sentul Koi Park ini boleh didapati di http://www.sentulpark-koi.com/Untuk ke Sentul Koi Park ini, di bawah ada disertakan peta (sumber: google map). Bermula dari Jalan Tun Razak.
Selamat berSentul! :)
0 Comments