Ayam Penyet

Ntah apa yang sedap sangat ngan ayam ni. Nama pun penyet. Macam penyek. Kalau ayam penyek, kena pikir balik nak makan ke tidak.

Tapi aku rasa ayam penyet glemer bukan sebab ayam penyet tu sedap. Aku rasa glamernya ayam yang dipenyetkan ini lebih kepada publisiti. Ataupun branding.

Aku bukan la suka sangat nak cuba benda-benda "pelik" ni. Bab makan aku memilih. Memilih ikut selera tekak. Makanan yang tak bercili selalunya rangking jatuh ke bawah.

Kesan penjenamaan ayam penyet ni sikit banyak mempengaruhi keputusan aku untuk bawak famili sama-sama menjamah juadah eksotik dari Jawa Timur ngan Padang nih.

Tengah hari Ahad, kami 5 beranak ke Sri Gombak. Ada "township" baru, ada nampak restoran Ayam Penyet AP. Cuaca yang panas sikit banyak mempengaruhi tahap kementedarahan kami hari tu. Menu kami agak meriah, walaupun yang betul-betul makan hanya lah 2 orang dewasa.


Kuah bakso semangkuk.
Ayam penyet.
Udang penyet.
Daging dendeng balado.
Terung balado.

Untuk penyegar tekak, air coklat, air nenas, air anggur dan semangkuk ABC.


Total; RM 64.65. Agak berbaloi.

Cuma agak terkilan dengan kelalaian diri. Menganggap enteng pada isu halal haram membuatkan kami mengambil keputusan mudah. Oleh kerana restoran sudah berkonsepkan masakan orang Melayu, maka tanggapan bahawa empunya kedai semestinya beragama Islam. Bila Islam, tentulah halal haram tak menjadi isu. Mungkin betul. Tapi tidak betul selagi tak dipastikan.

Teguran rakan amat dihargai. Perlu lebih berhati-hati untuk nasa akan datang.

Insya-allah.





Reactions

Post a Comment

0 Comments