Kos Perbelanjaan Ke Langkawi

Tempoh hari ada ternampak satu posting di Facebook, tak ingat siapa empunya status. Postingnya merupakan pertanyaan;

"Berapa duit belanja kalau nak bercuti ke Langkawi?"
 
Dan dengan penuh keyakinan yang jitu, ada lah sorang hamba Allah ini menjawab,

"500 dah cukup!"
 
Hah? Aku musykil. RM500? Murahnya! Berenang kah? Tidur di khemah kah? Kalau backpack, mungkin ada sedikit logik. Tetapi yang bertanya itu orang yang sudah berkeluarga, jadi sudah tentu percutian beliau bersama anak isteri/suami.

Aku, mungkin ada sedikit kredibiliti jika mahu "berhujah" perihal kos belanja ke Langkawi ini. Berulang alik ke tanah legenda Mahsuri ini selama 10 tahun (dan entah berapa tahun lagi akan datang), sedikit sebanyak sudah "arif" dengan keluar masuk duit belanja bila ke sana. Selalunya kami khususkan duit belanja sebanyak RM700 - RM100 setiap kali kami balik kampung. Itu khusus untuk perjalanan sahaja. Mungkin ada sedikit lebihan untuk berbelanja (beli coklat :)).

Di bawah ada sedikit huraian perbelanjaan. Sah laku setakat tarikh entri ini dibuat. Tahun-tahun mendatang mungkin bertambah lagi.

1-Minyak (satu hala; gombak - kuala perlis + kawasan sekitarnya)80.00
2-Tol (satu hala, dari Sg Buluh hingga Jitra)56.30
3-Parking di Kuala Perlis (satu malam RM 15 * 6)90.00
4-Tiket Feri (satu hala; 2 Dewasa (RM 18), 3 Kanak-kanak (RM13))75.00
5-Makan + shopping @ RNR (satu hala)50.00
TOTAL (satu hala)351.30
TOTAL DUA HALA (tolak Parking RM 90)612.60


Kos di atas mengambil kira beberapa faktor;
  • Tempoh percutian; 6 Hari 5 Malam
  • 5 orang penumpang (termasuk pemandu); 2 Dewasa 3 Kanak-kanak.
  • Perjalanan dengan kereta sendiri, Avanza 1.3 Manual,  minyak murah RON 95
  • Dari Kuala Lumpur (Gombak)

Total ni sebenarnya boleh jadi bertambah, boleh kurang. Aku belum pernah buat perbandingan jika memilih untuk menggunakan jalan dalam/kampung, sama ada duit tol yang dijimatkan boleh cover duit minyak. Duit parking di jeti pun boleh dikurangkan, kalau kena gaya dan strategi komunikasi. Kalau bulan puasa, duit makan pun boleh jadi kurang, boleh jadik bertambah. Tengok selera.

Dan kos di atas hanya untuk perjalanan sahaja, ya. Kiranya perbelanjaan dari pintu rumah, sampai lah ke jeti di pekan Kuah. Tidak termasuk penginapan, makan-makan, shopping, sewa kereta, jalan-jalan dan seumpamanya.

Jadinya, berdasarkan pengiraan ini, tak mungkin cukup dengan RM500.

Semoga pengiraan ini membantu.

:)

Kos Perbelanjaan Ke Langkawi







Reactions

Post a Comment

0 Comments