Perut

Sambil menunjukkan perutnya yang sedikit kempis itu, beliau berkata,
"Abah, Hanis sakit perut sampai perut Hanis kecik"
Kesian. Kemudian, beliau mengusap-ngusap perut abahnya.
"Perut abah besar!"
Abah terpinga-pinga. Kenapa bicaranya ini seperti mahu mengundang sengketa? Ahh!
"Ye lah. Dalam perut abah ada baby! Sebab tu besar!"
Abah mencebik. Budak 5 tahun, apa dia tahu.
"Buuukkkkaaaaaannnnn! Perut abah buncit!"


Ah! Abah pasrah.





Reactions

Post a Comment

0 Comments