[Buku] Syahadah Gadis Ateis (Imran Haaz)

Alhamdulillah. Selesai juga membaca buku yang satu ini. Entah berapa lama dibawa ke hulu ke hilir, baru semalam selesai dibaca. Setiap kali menyambung baca, perlu diulang bab sebelumnya sebab sudah terlupa jalan cerita.

Habis juga.

Aku pun tak tau kenapa buku ini dipilih semasa ke pesta buku di PWTC tahun ini. Ya, selera membaca sekarang lebih kepada novel, tapi BUKAN novel cintan cintun yang klise itu. Konon. Zaman jerawat besar guli dipipi, boleh lah buku kategori itu dikelek. Buat masa ini lebih berminat dengan novel yang bersifat kehidupan. Macam karangan Andrea Hirata. Yang tu memang mengkhayalkan. Atau pun buku-buku bercorak pengalaman, macam travelog. Atau pun tokoh-tokoh sejarah. Itu yang menjadi pilihan sekarang.

Kenapa "Syahadah Gadis Ateis"?

Mungkin, semasa membelek dan membaca sedikit isi kandungannya, terus jadi tertarik. Isinya berkaitan dengan soalan-soalan berkaitan hukum-hakam yang sudah ditetapkan Al-Quran, tetapi ada rasa ragu dan tidak yakin dalam diri Rini, watak utama dalam cerita ini. Si gadis atheis. Rasanya pemikiran dan pemberontakan  Rini mewakili kebanyakkan umat Islam di Malaysia ini. Pemahaman terhadap Islam terhad kepada solat, puasa dan lain-lain perkara asas. Tapi tidak tahu apa sebenarnya hikmah di sebalik setiap perintah.

Aku serta merta "serasi" dengan Rini. :)

Watak Nizam, lebih kepada "ustaz" moden, yang cuba menerangkan kepada Rini apa yang sebenarnya dalam setiap kekeliruan yang diharungi gadis ini. Huraian Nizam menarik dan mudah, dan lebih kukuh bila disertakan dengan dalil dalil yang sah. Aku cukup suka dengan analogi yang digunakan. Mudah difahami.

Persoalan dan jawapan dalam buku ni memang menarik. Cumanya jalan cerita sebagai latar belakang perjalanan cerita agak hambar. Perbualan berpunca daripada perkenalan di atas keretapi, habis dalam satu malam. Ye lah, bila membaca novel sedikit banyak mesti ada expectation yang klise, sekurang-kurangnya ada babak yang kita suka, marah atau sekurang-kurangnya teruja. Aku analogikan buku ini begini; pernah lihat "FAQ" di mana-mana laman web? Soalan. Jawapan. Buku ini lebih kurang begitu, cuma dibuat dalam bentuk cerita.

Maaf, Imran Haaz. Ini hanya pandangan peribadi. Ada buku susulan, Insya-Allah, aku beli. Eheh!



**********
Kemaskini pada 29/1/2014


Syahadah Gadis AteisSyahadah Gadis Ateis by Imran Haaz
My rating: 4 of 5 stars

buku yang sangat menarik. persoalan yang ditimbulkan oleh si gadis sebenarnya mewakili kebanyakkan umat Islam di Malaysia khususnya, dan kepada non muslim secara amnya. jawapan yang diberikan berfakta, jadi seronok membaca.

cuma adegan "menyelak buku" banyak sangat, dan juga kurang sedikit bab-bab "drama". bacaannya lurus sahaja, seperti membaca teks rasmi. heheh! kalai tambah2 sikit perencah, tanpa segan silu saya bagi 5 bintang.

View all my reviews





Reactions

Post a Comment

0 Comments