16 Days Photo Challenge | Day 2 – Something Blue

Photo Challenge 2 - Something blue
Biru.

Sebenarnya terkial-kial juga mahu mencari gambar bertemakan something blue ini. Biru bukanlah warna kegemaran, jadi otomatisnya barang-barang peribadi juga hampir boleh dibilang yang berwarna biru.

Kecuali kemeja untuk dipakai ke pejabat, adalah juga sehelai dua yang berwarna biru. Tetapi giliran baju biru sudah lepas. Perlu tunggu minggu depan barulah kembali berbaju biru.

Mati akal.

Duit RM1, sudah tersedia sekiranya masih buntu.

Dalam serabut memikirkan apa yang berwarna biru, tangan dan kaki tetap melangkah keluar ke kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Sementara menunggu anak-anak siap memakai kasut, sempat lagi ke laman luar mahu menghirup udara pagi.

Wah!

Birunya langit!

Sudah lama tidak nampak langit biru sebegini. Maklumlah, kebelakangan ini langit Kuala Lumpur penuh dengan asap jerebu. Kalau tidak pun, mendung kelabu. Hujan hampir setiap hari. Tapi hari ini, hari Jumaat yang barakah ini, langit cukup membiru.

Alhamdulillah.

Segera memotret langit dengan kamera telefon.

Tugasan hari ini tercapai sudah.

:)




***********
16 Days Photo Challenge
Day 1 : Handwriting
Day 3 : Breakfast









Reactions

Post a Comment

0 Comments