Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)

Logo Syabas
Sumber; http://www.ejawatankosong.net/

Sudah letih berurusan dengan syarikat pembekal air Selangor ini.

Teruk. Memualkan. Tidak ada integriti. Tidak ada langsung rasa bertanggungjawab.

Hari ini, sudah tidak dapat lagi menahan rasa marah. Tak pernah seumur hidup menghantar emel aduan yang panjang berjela seperti ini.

Dan aku putuskan untuk berkongsi di laman blog. Biar satu dunia tahu!

Air tiada waktu kemuncak, setiap hari termasuk hujung minggu.
Jam 5 pagi - 10 pagi.
Jam 5 petang - 9 malam.

No akaun: 1XXX 2XXX 1XX 1X
No telefon : XXX - XXXX XXXX

Tindakan Syabas (setakat hari ini);
1) Menyediakan no kes dan kemudian tutup tanpa ada penyelesaian
2) Kunjungan hormat (jalan-jalan tengok paip) tanpa ada tindakan susulan. Datang pada waktu bukan kemuncak seperti yang diadukan.

Alasan Syabas;
1) Paip lama, berkarat
Ini jawapan membohong, tidak bertanggungjawab, tiada homework. Kami menghadapi masalah ini HANYA SELEPAS paip diganti baru pada bulan Julai 2014.
2) Tulis surat rasmi kepada KP
Untuk apa? Ada perubahan kah? Atau beliau sendiri akan turun untuk menyelesaikan masalah ini? Pekerja-pekerjanya? Ada kes sebelum ini yang boleh kami ambil contoh? Atau ini hanya sebagai helah untuk memanjangkan waktu.

Cadangan kami;
Sekiranya Syabas tidak boleh dan tiada kemampuan untuk menyelesaikan masalah sekecil ini (yang sudah berlanjutan semenjak bulan Julai 2014), kami memohon jasa baik pihak Syabas menyumbangkan;
1) Tong simpanan air yang besar (untuk setiap rumah)
2) Tanggungan kos untuk kami membuat sistem paip dari paip Syabas ke tong simpanan air, seterusnya saluran paip untuk ke dalam rumah

Sekiranya cadangan ini terlaksana, saya yakin ianya adalah satu politic mileage bagi pihak Syabas.

Aduan sebelum ini yang masih belum selesai;
1) 15 Okt 2014 (No Kes 14-3180104)
2) 28 Okt 2014 (No Kes 14-3199644)
3) 30 Okt 2014 (No Kes 14-3204522)
4) 01 Nov 2014 (No Kes 14-3207165)
5) 07 Nov 2014 (No Kes 14-3214710)


Sila forwardkan email ini kepada Ketua Pengarah Syabas. Laman web ini (http://www.jba.gov.my/index.php/bm/direktori/senarai-syarikat-air), hanya Syabas sahaja yang tidak menyediakan emel.

Terima kasih


Rasakan!

Kita tunggu.

Mungkinkah akan ada tindakan, atau masih memberi jawapan sengal seperti biasa.

Syabas. Konon.

Maksud Syabas
Rujukan; Laman Web DBP

Kau fikir sendiri apa maksud syabas itu!

Tak malu!








Reactions

Post a Comment

0 Comments