Huyan dan Mimpy |
Nilaian: 2/5 bintang
Beberapa mukasurat yang pertama, segera teringat kisah Laskar Pelangi, Negeri Lima Menara dan juga Bidadari-bidadari Syurga. Kisah "orang susah" yang mahu menuntut ilmu. Teruskan juga membaca kerana kisah sebegini memang menjadi kegemaran, kisah perjuangan dan survival yang lebih hampir dengan kehidupan realiti.
Tetapi hampir satu pertiga buku dibaca, barulah ada perubahan plot cerita. Lambat, hampir-hampir mahu menyimpan semula di almari!
Kisah Huyan, anak sulung daripada 3 beradik yang terpaksa melupakan hasrat untuk belajar demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Dari seorang penjual aiskrim, Huyan bertukar "kerjaya" sebagai penyeludup beras, hasil "tunjuk ajar" Mimphy.
Pengajaran utama yang mahu ditekankan oleh si penulis, sangat jelas dengan prinsip menjaga maruah diri. Tidak meminta-minta, berusaha sendiri dan tidak berputus asa.
Cuma jalan ceritanya agak mudah, dan sangat mudah diagak.
Ulasan buku yang lain
0 Comments