Sekarang.
Merudum, kerana sudah semakin hilang ghairah bekerja di pejabat. Membuat sesuatu yang di luar bidang pengetahuan, tanpa peluang untuk memahami asasnya. Orang kata, ambil lah sebagai cabaran. Ya, benar. Tapi tetap ada hadnya.
Ah!
Lantaklah. Buat saja yang termampu.
Berkobar-kobar
Ahad lepas ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama anak-anak. Seperti biasa, beberapa buku sempat kami kaut. Dan sekarang, berkobar-kobar semangat mahu membaca buku-buku itu.Bau helaian buku itu, aduh!
Enak banget!
Dan malam tadi, kakak Hanis buatkan abah comelnya ini penanda buku. Biasa sahaja, tapi tetap mengujakan abahnya.
Bacaan keempat semenjak ke PBAKL |
"Hanis Sayang Abah Wow!" :) |
Comel |
Terima kasih, Nur Hanis.
:)
0 Comments