[Buku] Saiful Nang: Kisah Orang Menang (Saiful Nang)

Saiful Nang: Kisah Orang Menang
Saiful Nang: Kisah Orang Menang oleh Saiful Nang
Nilaian: 3/5 bintang
Terbitan: Puteh Press
Tarikh terbit: 2015
ISBN13: 9789673692972
Bahasa: Melayu

******


Aku rumuskan begini;


Yang menarik
  1. Bukunya berwarna-warni
  2. Gambar-gambar yang diselitkan, sudah tentu menarik.
  3. Kreativiti dan usaha SN untuk mencari pendapatan semasa kecil, wajar dicontohi
  4. Pandangan SN yang "menongkah arus, melawan yang biasa" boleh dijadikan buah fikir. Setuju atau tidak, ikut lah tiada yang memaksa.



Yang kurang menarik
  1. Pengalaman yang dikongsi lebih kepada selepas berjaya, dan juga hidup susah satu waktu dahulu.
  2. Sedikit sangat perkongsian bagaimana SN memulakan perniagaannya dari awal sehingga hari ini (bagi aku).
  3. Ada catatan yang seperti mahu melepaskan rasa "sentap" dan "dendam".



Yang patut dihentikan
  1. Copy paste yang sangat tidak bertanggungjawab. Cuba lah kamu berfikir, pada mukasurat 161, pembaca terjumpa ayat "... SINI (KLIK UNTUK LIHAT)". Bagaimana tuan, aku mahu klik di atas buku? Aku fikir ini bukan kerja SN, kerja orang buat buku. Jangan mahu cepat terbit, cepat kaya, cepat segalanya hanya kerana mahu mengejar trend semasa. Ada tanggungjawab juga. Bukan semua pembeli buku itu penggemar mukabuku, dan tidak semua orang membaca blog SN. Bila dibukukan, fikirlah juga asasnya. Dicadangkan, letakkan lah nota kaki, atau lampiran. Pandai-pandailah, kata penerbit buku.


Mohon jangan sentap. Kalau sentap, sah tak baca lagi buku SN.

:)

Ulasan buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments