Si misai yang kacak |
Kucing ini, sangat segak.
Berlagak bukan main.
Satu hari, beliau hilang dari pandangan. Hampir seminggu juga tanpa apa-apa kesan.
Kami pasrah.
Kucing segak, memang sentiasa menjadi tumpuan. Entah dia lari ke mana-mana mengejar cita-cita, atau diculik orang lalu dijual di pasaran gelap.
Iya lah. Sudah lah segak, kacak pula.
Tapi jodoh kami masih panjang. Rupanya si kacak bermisai panjang ini merantau membawa diri. Jauh juga. Mujur ada yang membawa pulang. Puas juga kami leterkan.
Kacak macamana pun, segak macamana sekali pun, kalau umur masih setahun jagung, jangan memandai-mandai mahu menunjuk belang!
0 Comments