Gunung Jerai Di Waktu Pagi dan Petang

Kelmarin. Atau kelmarin dulu. Kami singgah menginap di Park Avenue Hotel, Sungai Petani.

Tidak ada apa-apa keraian, semata-mata mahu berehat bersama yang tersayang.

Hotelnya baik sahaja. Sarapan paginya terbaik. Pelbagai pilihan. Cuma ketibaan kami di bilik bernombor 1206 dan 1208 "disambut" seekor bangkai lipas sebaik sahaja pintu masuk terkuak.

Dan juga pam tandas yang tidak berfungsi dengan baik. Dikedua-dua bilik.

Haih!

Mujur ada pemandangan yang menarik. Gunung Jerai, dari hujung ke hujung. Cantik. Tambahan pula waktu itu matahari sudah mahu masuk beradu.

Disebabkan keletihan, kami tidak sedar hujan turun pada malamnya.

Al hasil, pagi itu Gunung Jerai sekali lagi berhias cantik.

Cantik.

Tunggulah. Satu hari nanti kami sampai pula ke puncaknya.

Insya-allah.

 
Gunung Jerai Di Waktu Pagi dan Petang
Gunung Jerai Di Waktu Pagi dan Petang






Reactions

Post a Comment

0 Comments