Matahari

Greenwood

Matahari tidak pernah culas menjalankan tugasnya. Tepat pada waktu yang sudah ditetapkan Sang Pencipta, matahari mula berlegar di angkasa memberi cahaya kehidupan pada bumi.

Tanpa jemu.

Saya dan matahari, sudah tentu mempunya hubungan yang romantis. Menikmati limpahan cahaya pagi dan tebaran sinar emas di waktu petang, memang mudah benar membuat hati hanyut dengan pemandangan yang sangat memukau.

Apa lagi kalau berada di tepian pantai atau puncak gunung, matahari tak pernah gagal memberikan persembahan agung yang tidak terperi.

Putrajaya

Haih!

"Malang" benar, rumah saya terlindung bukit.

Tapi itu tak menghalang saya untuk berakrab dengan ciptaan Ilahi yang satu ini. Sewaktu pulang dari kerja, sedang membonceng motor, saya sanggup berhenti di tepi jalan untuk merakamkan detik ajaib sang suria menyembunyikan diri di kejauhan, sambil menyerakkan warna merah dan jingga di kaki langit.

Asyik!

Ini antara koleksi gambar matahari terbit dan terbenam (kebanyakkannya), di mana-mana tempat yang saya berkesempatan merakamkannya dengan kamera.


Matahari terbenam Sunset Warna-warni senja Sekitar Gombak Pantai Chenang, Langkawi Di Port Dickson Pantai dan Matahari Matahari terbit dan terbenam di Gombak

Trivia

  • Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu).
  • Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. 
  • Matahari mempunyai garis pusat (diameter) 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. 
  • Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. 
  • Cahaya dari matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari menjadi buta.



#julyblogposts #july2019entries

Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Julai yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.








Reactions

Post a Comment

2 Comments