Catatan Bulan Ogos

Selamat datang, Ogos.

Hari ini bermula lagi cabaran baru. Kumpulan kecil kami masih mahu meneruskan momentum menulis yang bermula sejak awal bulan Julai yang lepas. Tak sangka, sekejap benar rasanya sudah berlalu 31 hari dan saya masih berhutang lima entri (sehingga entri ini ditulis).

Tak apa.

Kita usahakan mana yang termampu.

Untuk bulan Ogos, ini cabarannya.

21 writing prompts + 10 penulisan kreatif.

Boleh klik link di atas untuk ke blog Cik Puan Norsa'adah, pelopor projek blog ini.

21 Writing Prompts


  1. Cerita tentang filem kegemaran anda. 
  2. Kongsi resepi masakan yang anda suka
  3. Senaraikan tiga Youtube Channel yang anda selalu tonton. 
  4. Apa yang anda buat apabila marah? 
  5. Perkara yang anda ingin lakukan tahun ini
  6. Kongsi gambar dalam galeri telefon anda dan ceritakan tentang gambar itu. 
  7. Tunai vs kad debit/kad kredit
  8. Adakah anda memelihara kucing? Apa nama kucing kesayangan anda? 
  9. Pakaian tradisional yang menarik minat anda. Pernahkah anda menggayakannya? 
  10. Kenangan merdeka. 
  11. Apakah kemahiran yang anda mahu belajar tahun ini? 
  12. Kongsi gambar yang anda ambil hari ini dan ceritakan tentangnya. 
  13. Perkara yang anda lakukan bersama kawan baik anda. 
  14. Hang Tuah vs Hang Jebat. 
  15. Cerita tentang siri tv kegemaran anda
  16. Tell us about your fear and how do you cope with that fear. 
  17. Vlog tentang tip yang anda mahu kongsi dengan pembaca. (contoh: tip fotografi). 
  18. Cara yang anda lakukan untuk pelihara alam sekitar. 
  19. Tulis satu puisi/sajak. 
  20. Tulis tenang GOMO (Going Out More Often). 
  21. Night owl vs early bird.


10 Penulisan Kreatif


  1. Tulis kisah tentang watak yang bermasalah dengan arah dan sering sesat. 
  2. Mulakan kisah dengan “Pada suatu hari…” 
  3. Anda pergi ke kedai kopi dan memesan minuman seperti biasa. Barista menyerahkan sesuatu kepada anda. 
  4. Peristiwa sejarah yang anda mahu saksikan. Tulis kisah anda. 
  5. Gambarkan Kota Melaka pada tahun 1511 daripada padangan seorang pelayar. 
  6. Anda mengeluarkan resit lama daripada dompet. Salah satu resit itu mempunyai mesej. 
  7. Tulis kisah dengan menggunakan sudut pandangan orang kedua iaitu ‘kau’ atau ‘kamu’. 
  8. Tulis cerita pendek menggunakan dialog sahaja. 
  9. Anda tinggal di kota yang sibuk dan sesak dengan trafik. Pada suatu pagi anda bangun dan suasana senyap sunyi. 
  10. Vlog tentang buku atau novel yang anda baca bulan ini

Jom!





Reactions

Post a Comment

0 Comments