[Ulasan Buku] Tapak Jejak (Fiersa Besari)

#1
Ironi. Saya menikmati keindahan Indonesia sebagaimana yang dicatat oleh FB dalam buku ini, di kala tanah air sendiri diselubungi asap yang menyesakkan dada yang juga datang dari negeri indah itu!

#
Namun dengan kata-kata yang dikarang FB, mata saya menjadi cerah di sebalik jerebu dan terus terpukau meneliti setiap bait ayat yang disusun.

#3
Tapak Jejak, buku sambungan Arah Langkah, menceritakan pertualangan FB (dan rakan-rakan) di Indonesia dari Aceh sampai ke sempadan Papua New Guinea.

#4
Pengembaraan epik beliau ini tanpa segan silu saya anugerahkan sebagai "bekpeker" sejati. Begitulah!

#5
Kalau bercerita tentang Indonesia, yang selalu terbayang di fikiran ialah Bali, Lombok, Bandung, Padang, Acheh dan kota Jakarta yang seperti disumpah macet sepanjang masa.

#6
Dalam buku ini, FB meninggalkan jejak tapak sehingga ke Banda Neira, satu pulau kecil di bahagian selatan Kepulauan Maluku. Pulau kecil ini menjadi saksi peristiwa bersejarah Indonesia; peperangan antara penjajah Belanda, Inggeris serta pernah menjadi tempat buangan orang kenamaan Indonesia seperti Mohamad Hatta dan Sutan Syahrir. Tahun 1935 (lebih kurang) dicampak ke situ, pasti boleh menggilakan jiwa.

#7
Pengalaman FB dicopet, mendapat penyakit yang ganjil, bertemu dan bersahabat dengan orang tempatan yang sangat mesra dan terbuka, menyaksikan diri keajaiban ciptaan Tuhan; menjadikan itu satu pengalaman yang mencorakkan fikiran FB. Malahan, terkesan kepada pembaca buku ini juga.

#8
Oh ya! Ada dua kisah dalam buku ini. Kisah kembara berselang-seli dengan kisah keluarga FB sendiri. Hubungan darah yang ada naik dan turun, dan juga bagaimana sebuah hubungan yang berantakan menjadi pemangkin kepada pengembaraan ini.

#9
Saya suka sekali dengan falsafah FB, "perjalanan (pengembaraan) takkan menghapuskan luka, ia hanya akan menguatkan diri kita untuk menghadapi luka".

#10
Mantul sekali bukunya! Keren. Seru.

Tapak Jejak (Fiersa Besari)





0 comments:

Post a Comment

My Instagram