Senarai Best 9 Buku Bacaan Tahun 2019 Untuk Seorang Sharulnizam

Kalau dilihat di FB dan tentunya IG, banyak orang berkongsi tentang "Best 9" untuk gambar-gambar mereka sepanjang satu tahun. Gambar yang banyak "like". Akan dikumpulkan 9 keping gambar paling mendapat banyak tanda cinta daripada rakan maya, dijadikan sekeping gambar untuk meringkaskan segalanya.

Saya juga ada buat sekeping untuk akaun @sharulnizam.travel saya. Ada dua akaun lagi, belum ada desakan untuk dibuat juga.

Cuma tadi terlintas satu idea untuk membuat kelainan.

Apa kata, saya senaraikan "Best 9" bacaan saya sepanjang tahun? Saya yakin, ini akan lebih memberi faedah kepada pembaca buku yang lain.

Baik.

Ini dia 9 buah buku yang saya nobatkan terbaik (disusun secara rawak) sepanjang tahun 2019.
  1. Catatan Juang oleh Fiersa Besari
  2. Tapak Jejak oleh Fiersa Besar
  3. Arah Langkah oleh Fiersa Besari
  4. And the Mountains Echoed oleh Khaled Hosseini
  5. What's Up Turks? oleh Ayza Gürsoy
  6. Orang-orang Biasa oleh Andrea Hirata
  7. Signature Jalanan oleh Teme Abdullah
  8. Kenangan-Kenanganku di Malaya oleh Hamka
  9. The Travelling Cat Chronicles oleh Hiro Arikawa

Senarai Best 9 Buku Bacaan Tahun 2019 Untuk Seorang Sharulnizam

Oh ya!

Saya kecundang lagi dengan cabaran membaca. Sasarannya 60 buah buku, tapi yang tamat dibaca hanya 34.

Aduhai!

Moga tahun 2020 akan ada kekuatan untuk terus membaca!

Insya-Allah.





0 comments:

Post a comment

My Instagram