19 Keping Gambar Anak Kucing Yang Comel Lagi Imut

Melihat gambar anak kucing yang comel lagi imut (bak kata orang Indonesia), sudah bisa membikin hati jadi jatuh cinta dengan makhluk tuhan paling seksi ini. Geram betul, tambah lagi kalau yang perutnya memboyot buncit. Waktu kecil begini, sudah dianugerahkan tanggungjawab kepada mereka untuk menghiburkan.

Aduh!

Berkejaran di tengah laman, bermain sembunyi-sembunyi kemudian terkejut dan melompat mahu melarikan diri. Paling syok, sewaktu mereka mengendap di balik rumput yang jarang, sambil ligat menggerakkan ekor, kemudian terus menyergah lawan yang tak bersedia.

Lintang pukang!

Kah kah kah!

Memang menghiburkan.

Koleksi gambar di bawah adalah anak kucing peliharaan kakak saya di sebelah rumah. Waktu pagi dan petang, mereka berempat rajin bertandang ke laman saya. Memang tak saya sia-siakan peluang untuk melatih diri mengambil gambar.

Kucing, haiwan kesukaan saya.

Fotografi, hobi saya yang nombor satu.

Bergabung keduanya, saya menjadi terhibur dan gembira. Apatah lagi di waktu perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa, ada juga aktiviti yang menghilangkan kebosanan.

Terimalah hasil saya yang tak seberapa ini.


Mendongak Oren Mahu gaduh! Mendongak Misai Santai Tiga warna Mata Female Hangout Sembunyi Baring Mencari Melihat ke langit Berdua Yang satu Bertiga Berempat Serabut yang comel

Gambar ini diambil menggunakan kamera Canon EOS 60D, dan diedit menggunakan Adobe Light Room Mobile.

Ini ada beberapa lagi posting saya dengan gambar kucing;






0 comments:

Post a Comment

My Instagram