Satu Senja Di Tepian Pantai Kuala Kedah

Minggu lepas, kami sempat ke Kedah. Langsung saja dari Chemor selepas selesai majlis perkahwinan adik ipar.

Hari pertama, kami terus ke Kuala Kedah mencari makan makanan laut. Atas cadangan tuan homestay, kami ke Restoran Anjung Kuala di Kuala Kedah.

Selepas membuat tempahan, kami terus saja ke benteng pantai di hadapan restoran untuk menikmati langit senja.

Cantik bukan buatan, boi!
  4 Ha Mengintai senja LOVE Mencari sinar Senja di Kuala Kedah


Subhanallah!

Pemandangan sewaktu matahari terbenam (dan terbit) tak pernah gagal menjamu mata dan jiwa. Kecantikannya, ketenangannya, memang mengkhayalkan.

Kalau bercuti, ini lah yang mahu saya rakamkan. Keindahan alami setiap tempat itu, yang diberi keindahan tersendiri oleh Sang Pencipta yang satu.

Masya-Allah.


Lelaki Berdamai dengan alam Tidak ada cuti di dalam cuti

Terima kasih, Kuala Kedah untuk langit senja yang molek.





Reactions

Post a comment

0 Comments